Setelah mendapat sambutan luar biasa rakyat Terengganu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikrara untuk kembali lagi ke negeri itu.
Mengakui terharu dengan sambutan mesra dari penduduk di negeri, Najib berkata, beliau tidak puas Bersama rakyat Terengganu kerana faktor masa yang terlalu singkat.
Najib juga mencatatkan menerusi posting di laman Facebook beliau malam tadi, bahawa beliau turut merindui semua rakyat.
“Saya rindu semua rakyat. Walaupun sehari sahaja di sini, saya dapat rasakan sambutan dan kemesraan yang sangat luar biasa.
“Saya kongsi gambar suasana di Pantai Teluk Ketapang ini. InsyaAllah, I will be back! Hidup RAKYAT!,” tulis beliau.
Ada orang bisik pada saya "Terubat rindu orang Terengganu".Saya rindu semua rakyat.Walaupun sehari sahaja di sini,…
Posted by Najib Razak on Sabtu, 23 Mac 2019
Selain Pantai Teluk Ketapang, Najib turut mengadakan lawatan ke Pasar Batu 6 yang juga merupakan antara salah satu kubu kuat Pas Terengganu.
Kehadiran beliau di situ disambut oleh barisan pemimpin UMNO negeri dan juga penduduk serta peniaga di pasar.
Beliau berkata, majlis itu diadakan bagi mengubat kerinduannya terhadap rakyat Terengganu khususnya di daerah Kuala Nerus.
Namun tidak dinyatakan apakah beliau berhasrat untuk kembali menerajui negara atau mahu berkunjung sekali lagi ke Terengganu.
Najib kini berdepan 42 pertuduhan di mahkamah melibatkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, namun beliau mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan.