Sambung belajar di Universiti terkemuka tanpa SPM/STAM

6
3339

Bagi mereka yang cintakan pendidikan yang lebih berarah kepada Islam pastinya mengetahui tentang universiti kedua tertua di dunia ini iaitu Universiti Al-Azhar bukan?

Universiti Al-Azhar telah melahirkan banyak ilmuan dan para profesional Islam yang bijak mengenai ilmu agama Islam maka tidak hairanlah beribu-ribu pelajar daripada seluruh negara datang ke Universiti Al-Azhar untuk melanjutkan pelajar dalam bidang agama Islam.

Keputusan yang cemerlang bukanlah jaminan dan keputusan yang kurang memberangsangkan pula bukanlah tanda anda tidak mempunyai harapan lagi untuk melanjutkan pelajaran di luar negara dan di universiti-universiti yang terkemuka. Usah bersedih lagi kerana kami mempunyai jalan untuk anda melanjutkan pelajaran ke luar negara di universiti terkenal seperti Universiti Al-Azhar tanpa keputusan SPM dan STAM sekali pun anda masih layak untuk diterima!

Kini anda boleh mendaftar ke Universiti Al- Azhar tanpa SPM/STAM dengan :

Maahad Buuth Al-Azhar

Sebelum wujud STAM, para ulama dan ustaz-ustaz kita menyambung ke Al-Azhar dengan memasuki Maahad Buuth Al-Azhar terlebih dahulu. Mereka tiada sijil-sijil yang diiktiraf, mereka masuk dalam umur yang muda-muda!

►Syarat Mendaftar

  • Tiada syarat kemahiran bahasa Arab (Tidak tahu bahasa Arab pun boleh daftar)
  • Tiada syarat umur (Umur 15 tahun juga sudah layak mendaftar)
  • Tiada syarat sijil (Tiada sijil PMR, SPM, STPM, STAM juga layak mendaftar!)
  • Sihat tubuh badan (Tiada sakit kronik)
  • Berada di Mesir ketika mendaftar.
BACA JUGA :   Pendaftaran Ke Maahad Buuth Bersama Madrasah Daulah Tanpa Sijil

Apa itu “Maahad Buuth Al-Azhar”?


“Maahad Buuth A-Azhar” disebut dalam bahasa Arab dengan [معهد بعوث الأزهر] merupakan sebuah sekolah pengajian ilmu bertaraf antarabangsa yang dikelolakan oleh Institusi Al-Azhar.

Sekolah ini bersifat “Sekolah Kebajikan” dengan erti pelajar hanya perlu membeli buku sekolah sahaja. Manakala yuran-yuran lain dan gaji guru ditanggung oleh Institusi Al-Azhar.

Maahad Buuth Al-Azhar ini terletak di kota Kaherah Mesir, lebih kurang 5 minit dari Universiti dan Masjid Al-Azhar(jika menaiki kenderaan).

►Peringkat Pengajian

Sekolah ini membahagikan pelajarnya kepada 2 Bahagian. Iaitu 3 Tahun di `Idadi (Peringkat Rendah) dan 3 Tahun di Thanawi (Peringkat Menengah).

Bagaimanapun, pelajar boleh mengambil peperiksaan Tahdid Mustawa yang membuka peluang pelajar menyingkatkan pengajian. Di Malaysia, kita sebut dengan istilah, ‘Lompat Kelas’.

  •     Paling lama, 6 tahun,
  •     Paling singkat, 1 tahun.
  •     Kebiasaannya, 3 tahun.

►Sambung Pengajian

Selepas tamat di Buuth Al-Azhar, pelajar boleh memohon untuk masuk ke mana-mana institusi pengajian tinggi di Mesir ataupun luar Mesir seperti Universiti Ummul Qura, Universiti Islam Madinah, Arab Saudi dan lain-lain.  Sijil sekolah ini bertaraf antarabangsa.

BACA JUGA :   Ketahui 3 Kaedah Untuk Memasuki University Al- Azhar

Kebiasaannya, pelajar menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar. Mereka mudah masuk kerana tidak perlu lagi mengikuti peperiksaan Imtihan Qabul.

►Matapelajaran

Antara matapelajaran yang diajar di Buuth ialah;  Fiqh, Tauhid, Hadis, Khat, Nahu, Sorof, Insya’, Tauhid, Sirah, Imla’, Tajwid, al Quran, Sains, Komputer, Matematik, Geografi, Sejarah, Bahasa Inggeris / Bahasa Perancis

Kelas adalah dari jam 8 pagi sehingga jam 12 tengah hari. Sebanyak 5 kelas bagi setiap hari. Setiap tahap kelas, mempunyai subjek yang berbeza.

►Keistimewaan

Antara keistimewaan Buuth Al-Azhar ialah,

  • Pengajian ilmu agama dan ilmu moden seperti kelas Al-Quran dan komputer
  • Komunikasi pelbagai bangsa, negara, dan bahasa. Bahasa utama ialah bahasa Arab.
  • Kemasukan mudah, tidak perlukan apa-apa sijil
  • Mampu bergurau dengan bahasa arab di usia yang muda.
  • Tiada had umur. Bermula dari 12 tahun sehingga yang sudah berumahtangga.
  • Belajar perkara asas seperti di Malaysia, tetapi dalam bahasa Arab.
  • Belajar Geografi, Matematik, Sains, dan Komputer dalam bahasa Arab.

 

Facebook Comments

6 COMMENTS

    • jika berminat, anda boleh berhubung terus dengan PIC untuk mendapatkan maklumat penuh, yuran dan etc
      nombor PIC: 012-3091215/019-9634073

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here