Memberus gigiย adalah antara cara untuk menjaga kebersihan gigi dan mulut. Namun, tanpa kita sedari, terdapat beberapa tabiat yang sering kita lakukan boleh merosakkan gigi kita. Berikut adalah senarai tabiat sering dibuat yang menjadi punca kepada gigi rosak.

  1. Mengunyah ais

 

Anda mungkin menganggap ais tidak berbahaya kepada gigi memandangkan ia adalah semula jadi dan bebas gula. Tetapi ais yang keras dan beku boleh membuatkan gigi anda retak. Mengunyah ais boleh menyebabkan iritasi pada tisu lembut di dalam gigi dan ia boleh mengakibatkan anda merasa sakit gigi. Makan makanan yang panas atau sejuk boleh mencetuskan rasa sakit dan mencucuk pada gigi. Jika anda berkeinginan untuk mengunyah ais, pilih untuk mengunyah gula-gula getah tanpa gula.

  1. Gula-gula jeli

 

Gula-gula sememangnya tidak baik untuk kesihatan mulut. Tetapi gula-gula jeli jenis masam mengandungi lebih banyak asid yang tidak baik untuk gigi anda. Dan gula-gula jeli yang kenyal secara umumnya akan melekat pada gigi anda untuk masa yang lebih lama dan menjadikannya berpotensi menyebabkan kerosakan. Jika anda menginginkan sesuatu yang manis, anda boleh mengambil coklat. Dan selepas makan, jangan lupa membersihkan mulut.

  1. Minuman karbonat

Pastinya anda sudah sedia maklum bahawa air karbonat tidak mendatangkan sebarang kebaikan walaupun ia mempunyai perkataan โ€˜dietโ€™. Soda karbonat menyebabkan plak menghasilkan banyak asid untuk melawan enamel gigi.

 

Oleh kerana itu, jika anda menghirup air karbonat sepanjang hari, ini bermakna anda menyaluti gigi anda dengan asid. Air karbonat yang berwarna gelap boleh mengotorkan gigi anda. Jangan terus memberus gigi selepas minum air karbonat, kerana ia akan mempercepatkan kerosakan pada gigi anda.

  1. Gunakan gigi
BACA JUGA :   Sambung Belajar Di Luar Negara Kini Lebih Mudah Menerusi Daulah Educonsult!

 

Ini adalah satu tabiat yang sering dilakukan ramai individu; membuka botol, mengoyakkan bungkusan plastik makanan dengan menggunakan gigi. Perbuatan ini boleh menyebabkan gigi anda retak dan rosak. Seeloknya gunakan gunting dan pembuka botol kerana gigi hanya digunakan untuk mengunyah makanan.

  1. Bertindik

 

Menindik lidah atau bibir dan memakai subang logam boleh menyebabkan gigi anda pecah atau retak. Apabila logam berlaga dengan gusi, ia boleh menyebabkan kerosakan pada gusi yang turut boleh menyebabkan anda kehilangan gigi.

Tindikan yang dibuat juga boleh menimbulkan risiko jangkitan dan luka. Menindik lidah juga berpotensi menyebabkan risiko pendarahan yang teruk jika tertindik pada saluran darah besar. Adalah lebih baik untuk anda mendapatkan nasihat dan pandangan doktor terlebih dahulu.

  1. Kopi

 

Warna kopi yang gelap dan berasid boleh menyebabkan gigi anda kuning jika anda terlalu kerap mengambilnya. Nasib baik, kekotoran pada gigi yang disebabkan kopi ini boleh dihilangkan dengan kepelbagaian pemutih gigi yang berada di pasaran. Dapatkan nasihat doktor gigi anda jika anda bimbang dengan perubahan warna pada gigi

  1. Mengetap gigi

 

Merupakan satu tabiat yang sukar dikawal kerana sering berlaku ketika tidur atau ada masanya ia dilakukan kerana tekanan perasaan. Memakai pelindung mulut (mouth guard)ย boleh membantu mengurangkan risiko kerosakan gigi ketika tidur.

  1. Mengigit pensil

 

Jangan terkejut kerana ada individu yang gemar melakukan tabiat ini, lebih-lebih lagi ketika zaman persekolahan atau mungkin masih kekal melakukannya walaupun sudah bekerja. Sama seperti mengunyah ais, tabiat ini boleh merosakkan gigi.

9. Buah-buahan sitrus

Oren, limau gedang (grapefruit), dan lemon adalah buah-buahan yang lazat dan berjus serta tinggi kandungan vitamin C. Namun pastikan anda tidak mengambilnya dalam kuantiti yang berlebihan, walaupun dengan memerahnya ke dalam air minuman kerana kandungan asid yang tinggi boleh menyingkirkan enamel dan menjadikan gigi lebih terdedah kepada kerosakan.

BACA JUGA :   Sambung Pengajian Di Rusia Menerusi Daulah Educonsult.

 

Tambahan lagi, asid yang terkandung dalam buah-buahan sitrus boleh menganggu luka di mulut. Jika anda ingin mendapatkan kandungan antioksidan dan vitamin dari buahan seperti ini, ambilnya dalam jumlah yang terkawal dan bilas mulut anda dengan air selepas itu.

  1. Binge eating

Ia adalah satu masalah gangguan kesihatan. Individu yang menghidapi gangguan ini akan mengambil makanan manis atau yang mempunyai kandungan gula yang tinggi, yang pastinya akan merosakkan gigi.

 

Perbuatan mengosong dan membersihkan (binging and purging)ย perut yang dikaitkan dengan masalah bulimia nervosa akan menyebabkan lebih banyak kerosakan pada gigi. Muntah yang mengandungi asid kuat boleh menghakis gigi, menjadikannya rapuh dan lemah. Malah, ia turut akan membuatkan nafas berbau.ย Bulimiaย boleh menyebabkan pelbagai isu kesihatan yang serius, jadi pastikan anda mendapatkan nasihat doktor jika anda berdepan dengan masalah ini.

JADI DOKTOR GIGI BERTAULIAH BERSAMA DAULAH EDUCONSULT

Dengan perkhidmatan yang ditawarkan Daulah Educonsult, anda tidak perlu ragu kerana perkhidmatan yang ditawarkan adalah seratus peratus dipercayai. Universiti-universiti yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult merupakan universiti-universiti ternama di luar negara dan yuran pengajian yang murah.

PILIH DESTINASI DAN DAFTAR SEKARANG!

Sekiranya anda berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Rusia atau di luar negara yang lain, dalam bidang yang anda minati, anda boleh mengisi borang Google Form (https://goo.gl/forms/o1y0eim7DB4acKCg2) ini atau hubungi konsultan Daulah Educonsult di (019-943 949) atau layariย https://daulahmedic.com/ untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here