Hidung berair dan tersumbat adalah satu kondisi yang boleh dianggap normal dan selalu terjadi kepada individu terutamanya yang kerap mengalami alahan hidung. Ia sebenarnya merupakan satu tindakbalas berlebihan yang berlaku pada sistem keimunan ketika melindungi diri daripada allergen.
Terdapat dua jenis allergen yang mampu menyerang hidung iaitu aeroallergen seperti debunga, kulat, hama, bulu binatang dan allergen makanan. Allergen inilah yang akan mengakibatkan alahan hidung terutamanya hidung berair dan tersumbat.
Selain daripada rawatan, ubatan atau prosedur, adakah terdapat sebarang aspek lain seperti makanan dan minuman yang mampu melegakan kondisi ini? Ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai 5 benda yang mampu melegakan hidung berair dan tersumbat.
#1. Vitamin C
Vitamin C dapat membantu meningkatkan dan menguatkan daya tahan tubuh badan terhadap sebarang jenis penyakit. Antara contoh makanan yang mengandungi kandungan vitamin C adalah buah-buahan masam seperti oren, epal atau mangga yang sangat membantu melegakan hidung berair dan tersumbat. Selain itu, anda juga boleh menggantikan vitamin C ini dengan suplemen yang terdapat di farmasi.
#2. Teh panas
Teh panas bukan sahaja membantu melegakan hidung tersumbat dan berair, ia juga mampu menyegarkan tubuh badan. Teh panas terutamanya teh hijau sangat kaya dengan flavonoid. Ia merupakan sejenis bahan anti-radang yang boleh meningkatkan imuniti badan individu.
#3. Beri
Beri terutamanya beri biru mengandungi kandungan antioksidan yang sangat tinggi dan juga sangat kaya dengan vitamin C. Oleh itu, ia sangat bagus dalam mengatasi masalah hidung berair dan tersumbat.
#4. Bawang
Bawang mengandungi ciri-ciri antibakteria yang sangat aktif melawan virus selesema sekaligus mampu melegakan hidung berair dan tersumbat. Ia boleh dimakan secara mentah atau sebagai rempah di dalam makanan lain.
#5. Madu
Madu adalah ubat tradisional yang terbaik dalam membantu melegakan hidung berair dan tersumbat kerana ia mengandungi ciri-ciri antibakteria dan antiradang yang kuat. Ia boleh diambil dengan mencairkannya dengan air suam atau apa-apa minuman lain.
Sekiranya anda mengalami kondisi hidung berair atau tersumbat, jangan pandang remeh mengenainya. Ini kerana ia mungkin boleh mengakibatkan pelbagai gejala dan komplikasi lain yang boleh berlarutan seperti:
- Bersin atau batuk yang berulang-ulang terutamanya ketika waktu pagi
- Hingus mengalir ke belakang hidung dan turun ke kerongkong
- Kegatalan pada hidung, telinga, mata dan kerongkong
- Mata sensitif pada cahaya
- Cepat marah
- Kurang bertenaga
- Kurang tidur
- Terpaksa bernafas melalui mulut
- Deria bau menjadi tidak kuat
- Masalah-masalah pada sinus dan tiub eustachian
- Berlaku tekanan yang kuat di dalam telinga
- Rasa tidak selesa pada muka
- Tanda atau tompok gelap pada bawah mata (‘allergic shiners’)
- Sinusitis
Pun begitu, artikel ini hanya mencadangkan makanan dan minuman tradisional yang mampu membantu dalam melegakan hidung berair dan tersumbat dan bukannya rawatan yang betul untuk merawat kondisi ini. Sebaiknya, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang paling terbaik dan berkesan jika anda mengalami kondisi ini.
JADI AHLI PERUBATAN TERLATIH DENGAN DAULAH EDUCONSULT!
Anda berminat untuk menjadi mahasiswa dan pegawai perubatan? https://daulahmedic.com/ akan membantu anda untuk merealisasikan impian anda!
Dengan Daulah Educonsult, anda tidak perlu ragu-ragu dengan perkhidmatan yang ditawarkan kerana Daulah Educonsult telah menghantar ramai pelajar untuk melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara dan mempunyai pengalaman dalam menguruskan pelajar-pelajar yang berminat meneruskan pengajian di luar negara.
Daulah Educonsult Sdn. Bhd. merupakan agensi pengurusan pelajar-pelajar ke luar negara dalam bidang perubatan, anda boleh mengisi borang Google Form (https://goo.gl/forms/o1y0eim7DB4acKCg2) atau hubungi konsultan kami di (019-943 949).