Image result for lelaki pukul wanita

Dua hari lalu, viral satu video di media sosial yang menunjukkan seorang gadis dilanggar oleh seorang lelaki dengan menggunakan motosikal kerana pergaduhan yang terjadi antara mereka.

Lelaki yang dipercayai teman lelaki kepada gadis itu telah memukulnya berkali-kali sebelum mereka berdua beredar dengan motosikal lelaki terbabit.

Video yang viral tersebut telah dirakamkan oleh seorang pemuda dari tingkat atas rumahnya.

Insiden terbabit telah mengundang kemarahan netizen yang terkejut dan kesal dengan tindakan lelaki tersebut yang sanggup memukul teman wanitanya.

Para netizen beremosi dan ada di antara mereka akan mencari si pelaku sekiranya ia terjadi dalam kalangan ahli keluarga mereka.

Ada juga yang menasihati para lelaki agar tidak menaikkan tangan atau mencederakan wanita walau semarah apa pun. Bertindaklah secara rasional dan bertenang.

BACA JUGA :   6 Tip Tambah Followers IG Shop Anda Tanpa Perlu ‘Follow’

Rata-rata netizen perempuan pula menjelaskan wanita-wanita yang didera ini sangat bergantung kepada lelaki kerana mental mereka sudah didera. Kadangkala ia boleh membawa kepada ‘Stockholm Syndrome’.

 

Ada juga netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan pemilik video terbabit kerana hanya merekod video dari atas rumahnya dan tidak segera turun untuk membantu gadis terbabit.

 

 

Bagaimanapun, lelaki terbabit, @khaliljamian telah menjelaskan hal sebenar dan telah melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here