BAHASA ARAB

Bahasa Arab merupakan antara bahasa yang paling besar bilangan penuturnya di seluruh dunia. Jika dahulu, ia amat sinonim dengan penutur aslinya khususnya di kawasan Arab Saudi dan juga kawasan yang terdekat dengan negara itu sahaja.

bahasa arab

Namun, disebabkan adanya aktiviti penghijrahan, perdagangan dan juga penyebaran ilmu, kini bahasa Arab bukan sahaja sudah  dituturkan oleh penduduk di negara-negara lain malah termasuk dalam subjek tertentu dalam sistem pembelajaran di negara tersebut.

KELEBIHAN BELAJAR BAHASA ARAB

Jika anda merasakan bahawa bahasa Inggeris ataupun bahasa Cina merupakan antara bahasa terpenting dalam dunia, bahasa Arab juga tidak terkecuali sebagai suatu bahasa yang penting.

Untuk pengetahuan anda, bahasa Arab juga mempunyai banyak kelebihan bagi sesorang yang mempelajarinya. Antara kebaikan bagi seseorang yang mempelajari bahasa Arab adalah:

#1. Bahasa Al-Quran

bahasa arab

Bahasa Arab merupakan bahasa yang digunakan dalam Al-Quran yang diturunkan oleh Allah SWT terhadap Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril. Ia merupakan bahasa yang paling mulia di dunia.

Jika sebelum ini, anda membaca Al-Quran dan memerlukan terjemahan untuk memahami maksudnya, proses memahami Al-Quran akan menjadi lebih mudah sekiranya anda mempelajari bahasa Arab.

Bahasa suci ini pasti akan membuatkan hati anda menjadi lebih seronok dan tenang dalam mendalami ilmu Al-Quran, insyaAllah.

#2. Peluang pekerjaan luas

bahasa arab

Siapa kata dengan mempelajari bahasa Arab, adalah sukar bagi anda untuk memohon peluan pekerjaan yang ditawarkan di luar sana? Tolong buang persepsi tersebut kerana ia hanya akan menjadi penghalang bagi anda untuk terus maju ke hadapan!

Sekiranya anda mendalami bahasa Arab, secara  tidak langsung peluang pekerjaan untuk anda juga terbuka dengan semakin meluas. Dengan pengetahuan yang anda ada, anda boleh memohon untuk jawatan guru bahasa Arab si sekolah-sekolah agama, penterjemah bahasa, jurubahasa dan banyak lagi.

BACA JUGA :   Universitas Sumatera Utara Sediakan Pengajian Perubatan, Farmasi & Pergigian

Sekiranya anda sudah mempunyai pekerjaan tempat dan karier tersendiri, anda juga boleh mencari pendapatan sampingan dengan menjadi guru tuisyen bahasa Arab, guru tutor, penulis buku dan sebagainya.

Jadi, siapa kata ilmu bahasa Arab tidak dapat membantu anda untuk mencari rezeki?

#3. Peluang untuk melanjutkan pelajaran

bahasa arab

Dengan mengikuti kursus bahasa Arab dalam tempoh masa selama 3 hingga 4 bulan, anda bukan sahaja dapat memperolehi suatu ilmu baharu tetapi juga membolehkan anda untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam subjek bahasa Arab.

Mungkin dengan sijil pelajaran yang lebih tinggi mampu membuka peluang pekerjaan yang semakin meluas. Rezeki masing-masing, siapa tahu, kan?

#4. Meningkatkan nilai tambah dalam diri

bahasa arab

Jika dahulu, mungkin kebanyakan majikan hanya menitikberatkan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) atau lebih dikenali sebagai Cumulative Grade Percentage Average (CGPA) untuk membolehkan anda diambil bekerja di organisasi mereka.

Namun, ramai majikan sedar bahawa bukan itu sahaja nilai yang harus dilihat terhadap diri bakal pekerja mereka. Sekiranya nilai tambah yang terdapat dalam diri anda lebih unik dan ‘mahal’ daripada CGPA anda, peratusan untuk anda diserap menjadi pekerja adalah lebih besar.

Antara nilai tambah yang amat digemari oleh majikan di luar sana adalah multilingual, multitask, kreatif, berdaya saing, pandai mengawal tekanan dan banyak lagi.

BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMPELAJARI BAHASA ARAB?

Terdapat banyak badan ataupun pusat tuisyen yang menawarkan kursus bahasa Arab di luar sana. Salah satunya adalah Daulah Educonsult.

Daulah Educonsult menawarkan Kursus Bahasa Arab di dua buah negara yang terkemuka di dunia, iaitu Mesir dan juga Jordan!

BACA JUGA :   Tiada Sijil, Tiada Masalah Untuk Belajar ke Mesir Melalui Madrasah Daulah

MESIR

bahasa arab
Mesir

Di Mesir, Daulah Educonsult menawarkan dua kursus iaitu Kursus Bahasa Arab dan Sanad Tahsinul Quran. Untuk pengetahuan anda, kursus ini terbuka kepada lelaki dan perempuan yang berumur 12 tahun ke atas.

Kursus ini bukan sahaja tertumpu terhadap penguasaan bahasa Arab, tetapi peserta juga akan menguasai teknik pembacaan Al-Quran yang betul.

JORDAN

Related image

Di Jordan pula, kursus bahasa Arab ini terbuka kepada peserta seawal umur 12 tahun, golongan dewasa, hinggalah golongan yang sudah bersara.

Kursus ini juga mempunyai sesi pembelajaran yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian dan keselesaan anda, dari bulan Mei hingga September.

MENGAPA TAWARKAN KURSUS DI MESIR DAN JORDAN?

bahasa arab
Mesir dan jordan merupakan antara tamadun Islam yang terawal di dunia

Tujuan utama Daulah Educonsult menawarkan kursus bahasa Arab di Jordan dan juga Mesir adalah untuk memberikan anda peluang untuk mempelajari bahasa Arab daripada tenaga pengajar yang benar-benar berpengaruh dalam bahasa Arab sendiri.

Selain itu, proses pembelajaran juga akan menjadi lebih mudah kerana peserta akan sentiasa terdedah dengan penggunaan bahasa Arab kerana warga tempatan di bumi Mesir dan Jordan sendiri menggunakan bahasa tersebut.

BAGAIMANA ANDA BOLEH MENDAPATKAN INFO LANJUT TENTANG KURSUS BAHASA ARAB?

Setiap ilmu yang kita pelajari mempunyai kelebihan dan kepentingannya yang tersendiri. Semakin tinggi ilmu yang kita miliki, insyaAllah hidup kita akan sentiasa diberkati oleh-Nya, lebih-lebih lagi dengan ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran.

Untuk info lebih lanjut, anda bole merujuk kepada poster di bawah.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh hubungi pihak Daulah Educonsult secara terus di talian :

018-9624322 (Khidmat Pelanggan)

03 92851322 (Pejabat)

013 2090322 (Tuan Syed Fuad)  

Website : https://daulahmedic.com
Email : daulahmedic@gmail.com  

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here