Seorang ibu bernama Aprill Lane yang memiliki 5 orang anak memutuskan untuk menderma rahimnya kepada orang lain supaya wanita berkenaan turut diberi kesempatan mengandung dan mendukung bayi sendiri.

Meskipun Aprill telah mempunyai lima anak, namun perjalanannya menjadi ibu bukannya sesuatu yang mudah. Ini kerana, doktor mengatakan dirinya dan suami mengalami masalah ketidaksuburan yang tidak dapat dijelaskan.

Seorang ibu bernama April lane yang memiliki memtuskan untuk menderma rahimnya kepada orang lain supaya wanita berkenaaan turut diberi kesempatan mengandung dan mendukung bayi

tas sebab itu, mereka mengalami kesedihan kerana impian mereka ingin memiliki cahaya mata sendiri. Keadaan ini biasa terjadi bagi pasangan yang masih belum dikurniakan zuriat.

BACA JUGA :   Negeri Di Pantai Timur Mulakan Tahun 2021 Dengan Banjir.

Jadi, bagi memastikan dirinya hamil, maka kedua-dua mereka melakukan pelbagai cara dan salah satunya adalah melalui proses bayi tabung uji selama empat tahun.

Tidak lama selepas itu, Lane didapati hamil melalui IVF dan melahirkan bayi kedua. Kemudian siapa sangka, Aprill berhasil melahirkan anak perempuan kembar dan selang beberapa tahun hamil lagi bayi perempuan.

Hukum menderma organ rahim mengikut ajaran Islam 

Pada asalnya hukum menderma atau pemindahan rahim adalah HARAM kerana tujuan untuk mendapatkan zuriat itu hanya bersifat takmiliyyah iaitu pelengkap kepada kehidupan berkeluarga.

Selain itu, keperluan mendapatkan anak melalui pemindahan rahim di Malaysia belum sampai tahap darurah. Bahkan, keperluan mendapatkan zuriat melalui cara ini bagi wanita yang dilahirkan tidak mempunyai rahim atau organ rahim yang bermasalah hanya berada pada tahap tahsiniyyat.

BACA JUGA :   #Tips Rawatan Kecemasan: Rawatan Untuk Keracunan Makanan

Oleh itu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan hukum pendermaan dan pemindahan rahim adalah TIDAK HARUSkerana keperluannya belum mencapai di tahap dharurah sekaligus membenarkan sesuatu perkara yang diharamkan.

Apatah lagi di Malaysia terdapat alternatif lain yang boleh digunakan sekiranya seseorang itu ingin mempunyai zuriat seperti pengambilan anak angkat dan berpoligami.

Apa yang dijalankan di negara luar masih berada di peringkat eksperimental yang belum membawa kepada kelahiran hidup. Malah, Malaysia juga belum mempunyai pakar dan teknologi dalam bidang tersebut.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here