Setiap orang mempunyai keinginan untuk bekerja sendiri, namun banyak di antara mereka yang tidak tahu akan kelebihan dan cabaran bekerja sendiri.

Mempunyai pengetahuan asas tentang kelebihan dan cabaran bekerja sendiri penting dalam membantu seseorang yang baru mahu memulakan sesuatu kerjaya.

Barulah matlamat yang ingin dicapai lebih jelas dan pekerjaan yang bakal dilakukan tidak menjadi sia-sia.

Ini Adalah Di Antara Kelebihan dan Cabaran Bekerja Sendiri


Kurang Tekanan Kerja

Salah satu kelebihan bekerja sendiri adalah tekanan kerja anda lebih kurang berbanding bekerja dibawah orang lain. Setiap kerja yang dilakukan bergantung kepada keputusan anda sendiri kerana anda lah ketuanya.

Oleh kerana itu, kerja yang anda lakukan dapat dilaksanakan dengan lebih selesa dan tenang. Untuk jadi seorang yang lebih bersistematik, anda harus membuat satu jadual kerja supaya masa anda jadi lebih teratur. Barulah kerja yang dilakukan akan jadi lebih menyeronokkan nanti.

Mendapat Kepuasan

Apabila pekerjaan yang dilakukan mendatangkan hasil yang lumayan, anda akan merasa puas kerana keuntungan itu adalah dari hasil titik peluh anda sendiri. Tambahan pula, kerja yang anda lakukan adalah sesuatu yang anda suka dan anda pakar dalam melakukannya.

Oleh itu, anda akan rasa lebih bersemangat untuk teruskan perjuangan dalam dunia pekerjaan anda sendiri dengan adanya kepercayaan dan keyakinan yang tinggi dalam diri sendiri.

Kerja Lebih, Dapat Lebih

Orang yang rajin bekerja tanpa mengira masa sudah semestinya menjanjikan pulangan pendapatan yang lumayan. Oleh itu, semangat dan keyakinan yang tinggi diperlukan dalam setiap tugas yang dilakukan.

Jika anda bersungguh-sungguh dan ikhlas tidak kira di awal atau sewaktu anda telah berjaya dengan kerjaya anda sendiri, pendapatan anda akan meningkat dengan baik dan semangat anda akan semakin membara untuk menjadi yang lebih baik pada masa hadapan.

Tiada Had Waktu Kerja

Bekerja sendiri memberikan anda kebebasan waktu untuk bekerja mengikut kehendak sendiri tanpa paksaan dari mana-mana pihak.

Masa bekerja sendiri pula tidak sama seperti bekerja dengan majikan yang harus ikuti waktu pejabat iaitu lapan jam sehari.

Anda boleh bekerja kurang atau lebih dari waktu lapan jam tersebut setiap hari. Ini adalah salah satu kelebihan yang ada pada orang yang bekerja sendiri.

Berisiko Tinggi

Ini adalah salah satu cabaran terbesar yang harus dihadapi oleh mereka yang bekerja sendiri. Jika tersilap langkah dalam membuat keputusan, ianya akan memberi kesan buat jangka masa yang lama.

Terutamanya kepada anda yang baru saja mahu memulakan kerjaya sendiri. Perkara paling penting dalam menentukan kejayaan sesuatu kerjaya adalah berapa banyak jumlah persaingan dan permintaan pasaran yang anda dapat.

Kesan yang akan berlaku sama ada baik atau buruk akan ditanggung oleh anda sendiri. Jadi, dalam dunia mencipta kerjaya sendiri, anda haruslah berani untuk ambil risiko yang tinggi  kerana bak kata pepatah melayu lama, takkan adanya kesenangan tanpa ada kesusahan. 

Bekerja sendiri atau bekerja dengan majikan bukanlah penyebab utamanya. Apa yang penting adalah keselesaan dan anda seronok untuk melakukannya. Barulah kurang sikit tekanan kerja yang anda alami selama ini oleh kerana tersalah memilih kerja. Apa-apa pun, selamat maju jaya semua!

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here