Menteri di Kementerian Pendidikan Malaysia, Maszlee Malik berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) tidak mempunyai kuasa dalam menentukan gaji permulaan siswazah sebaliknya hanya menyediakan pendidikan yang mampu melahirkan graduan berilmu serta kompetitif bagi pasaran pekerjaan.

 

Maszlee Malik berkata isu gaji permulaan siswazah yang dilaporkan menurun baru-baru ini perlu diteliti oleh industri yang menyediakan peluang pekerjaan.

“Itu kena tanya industri kerana mereka yang menyediakan peluang pekerjaan kerana kami di KPM tidak menjaga soal gaji.

 

“Tetapi yang kami boleh lakukan ialah untuk menyediakan siswa yang berkemahiran tinggi, lebih terlatih, berilmu dan kompetetif untuk pasaran pekerjaan dan pasaran antarabangsa”.

Khamis lepas, Maszlee dalam satu kenyataan berkata KPM akan bekerjasama dengan pelbagai pihak dan agensi untuk melihat isu dengan lebih mendalam untuk diselesaikan segera.

BACA JUGA :   Masalah Kekurangan Guru Timbul Meskipun 6,500 Graduan Pendidikan Masih Menganggur

Kenyataan itu menyebut beliau mengambil maklum mengenai Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) 2018 yang dikeluarkan semalam serta laporan media mengenai “Gaji Siswazah Semakin Turun”.

 

Menurut laporan media yang memetik Laporan Tahunan BNM itu, gaji permulaan bulanan benar bagi kebanyakan siswazah baharu di Malaysia menurun sejak 2010 selepas mengambil kira faktor inflasi, di mana siswazah baharu yang berkelulusan diploma mendapat gaji benar RM1,376 pada 2018 berbanding RM1,458 pada 2010.

Sementara itu, gaji pokok pemegang ijazah sarjana muda adalah RM1,983 pada 2018 berbanding RM1,993 pada 2010, manakala pemegang ijazah sarjana memperoleh gaji pokok RM2,707 berbanding RM2,923 pada 2010.

Namun jumlah tenaga kerja siswazah negara meningkat daripada 23.5% pada 2010 kepada 28.3% pada 2017.

BACA JUGA :   Sekolah Di Seluruh Malaysia Akan Ada Kemudahan Mesra OKU

 

Ini termasuk antara 2010 hingga 2017, bilangan pemegang diploma dan ijazah dalam tenaga kerja secara purata meningkat sebanyak 173,457 orang setahun.

Maszlee dalam kenyataannya semalam berkata beliau mengambil maklum perkara tersebut dan akan bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi menangani perkara itu.

“Kementerian mengambil serius tentang isu kebolehpasaran graduan,” katanya.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here