“Bimbang dengan kehadiran harimau yang sudah banyak kali membaham lembu penternak, saya ambil keputusan tidur dalam kandang lembu semalam.

“Kira-kira jam 3 pagi, saya bangun dan suluh lampu di luar kandang dan alangkah terkejutnya bila ternampak seekor harimau belang setinggi motosikal memandang ke arah saya,” kata Putera Ibrahim, 37, dari FELDA Kerteh 5 di sini.

Putera berkata, dia memberanikan diri menghalau harimau itu dan selepas 15 minit berbuat demikian, barulah haiwan berkenaan berlalu pergi dari kawasan ternakannya itu.

“Hanya Allah yang tahu betapa gerunnya saya ketika itu, tapi mujurlah tiada apa-apa berlaku dan saya harap pihak PERHILITAN (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Teman Negara) dapat buat sesuatu,” katanya.

BACA JUGA :   Kemas Kini Terbaru Instagram Buat Penggemar Aplikasi Ini!

Difahamkan, seramai 30 penternak di tanah rancangan itu resah dengan kehadiran kumpulan harimau yang membaham lembu mereka.

Dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, sebanyak 10 ekor lembu menjadi mangsa haiwan liar itu yang mengakibatkan mereka mengalami kerugian kira-kira RM20,000.

Seorang lagi penternak, Che Man Abdullah, 58, berkata, tahun ini sudah dua ekor lembunya menjadi mangsa dan kejadian terbaru berlaku pada Jumaat minggu lalu.

“Saya ke kandang pagi itu dan mendapati lembu berharga RM1,500 mati diheret ke luar kandang dan sebahagian badan lembu habis dimakannya.

“Keesokan harinya, harimau itu datang lagi dan memakan habis saki baki lembu itu. Saya percaya harimau itu sangat besar berdasarkan kesan tapak kakinya yang lebar,” katanya.

BACA JUGA :   VIRAL! #Kekechallenge: Trend Menari Keluar Kereta Ini Mula Menjadi Ikutan Ramai

Che Kaswadinata Abdullah, 56, berkata, selain seekor lembunya yang besar, dua lagi anak lembu miliknya menjadi mangsa.

“Kejadian itu berlaku bulan lalu dan disedari apabila saya mengesan satu tapak kaki besar serta dua kesan tapak kaki harimau kecil.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here