Medan adalah ibu kota bagi Sumatera Utara di Indonesia. Ia adalah bandar terbesar di Sumatera dan pulau yang paling ramai penduduk serta menjadi pusat bandaraya terpadat keempat di Indonesia. Mari kita lihat tempat-tempat yang menarik yang ada di Indonesia.
-
Danau Toba
Danau Toba merupakan ikon utama bagi Medan dan merupakan tasik yang terbesar di Indonesia. Kedalaman tasik ini sekitar 505 meter dan terletak di tengah-tengah pulau Sumatera Utara dengan keluasan sebesar 1,145 km persegi. Selain itu, Danau Toba adalah lokasi gunung berapi yang pernah berlaku sekitar tahun 69,000 hingga 77,000 dahulu.
Danau Toba mempunyai pulau di tengah-tengahnya yang dinamakan Pulau Samosir. Danau Toba lebih tertumpu kepada tiga aspek iaitu adat dan budaya kaum batak, keindahan alam semula jadi dan sejarah termasuk mitos terbentuknya tasik itu. Danau Toba menyimpan sejuta keindahan alam yang wajib anda jelajahi.
2. Tanah Tinggi Berastagi
Tanah Tinggi Berastagi adalah lokasi percutian kegemaran masyarakat Medan. Tempat ini menawarkan buah-buahan dan sayur-sayuran segar kepada masyarakat yang bercuti di situ. Selain itu, Tanah Tinggi Berastagi juga merupakan tempat mendaki gunung berkembar yang sangat menarik iaitu Gunung Sibayak dan juga Gunung Sinabung. Untuk anda yang sukakan aktiviti lasak seperti mendaki gunung, tempat ini paling sesuai untuk anda.
3. Danau Linting
Danau Linting merupakan tasik hijau semulajadi dan dikelilingi oleh pokok beringin besar yang membuatkan tempat itu menjadi amat menarik. Tempat ini sangat sesuai untuk pelancong yang ingin beristirehat pada waktu petang. Penduduk tempatan juga menjual pelbagai makanan di sekitar tasik untuk memudahkan pelancong untuk membeli makanan. Tasik yang ada disitu berwarna biru dengan suhu hangat dan berasal dari belerang.
4.Tinggi Raja
Tinggi Raja merupakan tempat yang unik kerana mempunyai Kawah Tinggi Raja Putih. Tempat ini seperti tasik dan di tengah-tengahnya terdapat air panas berwarna biru kehijauan yang mengeluarkan asap dari dalamnya. Mata air panas semulajadi yang telah mengeras berbentuk seperti salji. Banyak keunikan di kawah putih yang tidak dimiliki oleh kawah putih Ciwidey seperti aliran air sungai yang dicampur dengan air panas.
Adakah anda teringin untuk melanjutkan pelajaran ke Medan, Indonesia? Cara mudah untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, Daulah Educonsult ada jalan penyelesaiannya.
Apa itu Daulah Educonsult? Daulah Educonsult merupakan agensi yang menguruskan dan menghantar pelajar yang akan menyambung pelajaran ke luar negara.
Kalau nak tahu, Daulah Educonsult sudah banyak menguruskan dan menghantar pelajar-pelajar ke luar negara.
Tak mustahil impian dan cita-cita anda yang ingin menyambung pengajian di luar negara akan tercapai. Daulah Educonsult merupakan agensi yang terbaik dalam menguruskan hal ehwal pelajar yang belajar di luar negara. Bukan calang-calang.
Jika anda berminat dan ingin merialisasikan cita cita anda untuk melajutkan pengajian di luar negara, anda boleh mengisi borang di Google Form:
Hubungi konsultan Daulah Educonsult di 018-9624322 (customer service), 03-9285 1322 (Pejabat) atau melalui emel daulahmedic@gmail.com atau layari https://daulahmedic.com/ untuk mengetahui dengan lebih lanjut.