Kebersihan adalah salah satu tanda dari keadaan hygene yang baik. Manusia perlu menjaga kebersihan lingkungan dan kebersihan diri agar sihat, tidak berbau,  tidak menyebarkan kotoran, atau menularkan kuman penyakit bagi diri sendiri mahupun orang lain. Kebersihan badan meliputi kebersihan diri sendiri, seperti mandigosok gigimencuci tangan, dan memakai pakaian yang bersih.

Semua orang dinasihatkan supaya menjaga diri dalam setiap aspek, termasuklah menjaga gigi dengan betul. Salah satu punca penyakit gigi adalah bahayanya kesan pengambilan makanan yang tidak seimbang dan mengandungi kandungan gula yang tinggi.

Kesan daripada makanan atau minuman segera seperti air minuman dalam tin, gula-gula, dan sebagainya boleh melemahkan sistem pertahanan gigi sehingga terkumpulnya plak dan menyebabkan karies. Masalah ini boleh menjadi teruk sekiranya berterusan tanpa rawatan dan pencegahan yang baik.

Pencegahan itu lebih baik dari merawat. Plak perlu dikawal dan pengambilan gula perlu dikurangkan. Ini penting kerana kuman sudah mula berada pada gigi sejak gigi mula wujud lagi. Semua orang disarankan supaya melakukan pemeriksaan sendiri di rumah dan juga pemeriksaan berkala di klinik.

Plak boleh dikawal dengan cara memberus gigi dengan betul seperti memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari, mengamalkan flos gigi selepas makan dan menggunakan ubat gigi berflorida dan berus gigi yang lembut.

“Gigi adalah anugerah Allah, sama seperti anggota-anggota badan yang lain. Sebagaimana anggota-anggota badan yang lain mempunyai fungsi mereka yang penting, begitulah juga gigi. Mengapa sesetengah daripada kita masih mengabaikannya. Hargailah gigi sama seperti organ yang lain.

“Jagalah kebersihan gigi kerana kita tahu kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Didiklah anak-anak tentang penjagaan gigi sejak mereka kecil. Ini kerana, gigi yang cantik dan bersih mencerminkan imej kita,”

BERMINAT UNTUK BELAJAR DI LUAR NEGARA?

Berita baik buat anda, Daulah Educonsult adalah sebuah agensi yang membawa pelajar ke luar negara dan boleh dipercayai. Daulah Educonsult bukanlah asing bagi pelajar yang menyambung pengajian ke sana.

Terdapat banyak bidang yang ditawarkan oleh pihak Daulah Educonsult antaranya pengajian Islam, Perubatan, Veterinar, Pergigian, pra-perubatan dan banyak lagi. Bagi anda yang berminat untuk ketahui lebih lanjut, daftar dengan kami di sini. Pihak Daulah Educonsult akan hubungi anda dalam kadar yang segera.

Untuk ketahui dengan lebih lanjut anda boleh hubungi talian hotline kami

Atau anda boleh melayari kami di platform berikut :

Alamat pejabat :

No 1-19 Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100 Kuala Lumpur

“Ayuh realisasikan impian anda bersama Daulah Educonsult”

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here