Banyak Manfaat Kurma Dapat Mencegah Penyakit?

0
1215

Salah satu buah-buahan yang dicari oleh semua orang dalam bulan puasa adalah kurma. Kurma yang mempunyai rasa manis dan sangat lazat untuk dimakan apabila berbuka puasa  merupakan satu sunnah Nabi Muhammad SAW dan amat digalakkan juga memakannya semasa sahur. Apakah manfaat kurma untuk kesihatan tubuh badan manusia?

1. Sumber Tenaga

Kurma mempunyai kandungan gula semula jadi yang tinggi seperti glukosa, fruktosa, dan sukrosa. Oleh itu, kurma adalah snek yang sangat baik jika anda memerlukan tenaga tambahan dengan cepat. Ramai orang menggunakan kurma sebagai snek tengah hari apabila mereka merasa mengantuk dan penat. Seperti sunnah Rasulullah, kurma dijadikan makanan sunnah untuk bersahur dan berbuka puasa.

2. Mencegah Diabetes

Kurma mempunyai rasa yang sangat manis, tetapi buah ini dapat mencegah kencing manis. Ini adalah kerana kurma mempunyai kandungan gula semula jadi yang baik untuk badan. Kandungan serat dalam kurma sebenarnya boleh membantu mengawal gula dalam darah.

3. Mencegah Penyakit Jantung

Kurma dapat mengekalkan dan meningkatkan kesihatan jantung. Kurma  mengandungi banyak vitamin dan mineral yang baik untuk jantung. Selain besi, kandungan kurma lain adalah magnesium yang dapat membantu pelancaran tekanan darah. Kurma juga mengandungi kallium yang berfungsi untuk menurunkan tekanan darah.

4. Mengatasi Masalah Pencernaan

Kurma juga berguna untuk merawat masalah pencernaan. Kandungan serat dalam kurma yang cukup tinggi dapat membantu memenuhi keperluan serat harian anda. Makan 2 kali setiap hari boleh memudahkan pencernaan dan mengekalkan sistem pencernaan yang sihat. Kurma  juga boleh mengatasi sembelit, cirit-birit, dan juga mengurangkan risiko kanser kolon.

5. Sumber Antioksidan Yang Baik

Kurma adalah sumber antioksidan yang sangat baik. Di mana faedah anti-oksidan melindungi tubuh daripada radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser. Secara tidak langsung, kurma juga membantu diri anda tanpa mengira risiko dari pelbagai jenis kanser.

Menurut pakar kesihatan, Dr Norman Mohd Norawi (MMC 36627)
MBBS,MScAAARM(UCSI), FAGE adalah lebih baik kita mengamalkan buah kurma sepanjang tahun dan bukan hanya sewaktu bulan Ramadhan kerana khasiatnya yang amat baik untuk kesihatan. Amalkan makan buah kurma setiap pagi sebelum sarapan dalam bulan-bulan lain kerana ia akan memberikan tenaga segera kepada kita diwaktu pagi dan juga membekalkan pelbagai vitamin dan mineral untuk keperluan harian kita.

DAULAH EDUCONSULT MEMBUKA PELUANG MENYAMBUNG PENGAJIAN KE LUAR NEGARA

Bagi mereka yang memasang angan-angan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang sains kesihatan, kini anda boleh!

Anda tidak tahu syarat-syarat untuk belajar ke luar Negara?

Jangan risau! Daulah Educonsult dapat membantu menyelesaikan masalah anda. Daulah Educonsult merupakan agensi yang berpengalaman menguruskan dan menghantar pelajar menyambung pengajian ke luar Negara.

BERMINAT?

Jika anda berminat untuk menyambung pelajaran ke luar Negara, anda boleh mengisi boring di SINI, atau boleh hubungi di talian Customer Service

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here