Seperti yang anda ketahui, kafe secara amnya adalah sebuah kedai kopi namun telah menjadi tempat untuk minuman yang bukan sahaja kopi, tetapi juga minuman lain yang beralkohol. Bagi yang beragama Islam, hati-hati ketika mengunjungi café yang berada di luar negara.
Jom lihat café yang menarik di Poland!
Pozegnanie z Afryka
Kafe ini merupakan kedai kopi yang pertama di negara ini. Biji-biji kopi yang digunakan dari pelbagai tempat seperti Latin Amareka, Afrika Timur dan Asia Selatan. Apabila memesan kopi, anda boleh memilih di antara 10 cara perkolasi kopi. Pozegnanie z Afryka ini terletak di Krakowskie Przedmiescie yang terkenal di sebelah bandar Warsaw.
Café Próżna
Kafe ini ditubuhkan pada tahun 2008 yang diasaskan oleh Katarzyna dan Jeremy Nagrabecki. Kafe ini telah menjadi tempat banyak acara kebudayaan seperti konsert, pameran, mesyuarat sastera dan tempat perbincangan awam. Di kafe ini terdapat hidangan sarapan, sup yang lazat, hidangan makan malam termasuk kek meringue yang dianggap terbaik di Warsaw. Di dalam menu akan ada pelbagai pilihan kopi, teh dan minuman keras.
Filtry café
Filtry café merupakan tempat kopi hipster yang terletak di tengah-tengah Stara Ochota di Warsaw. Kafe ini juga telah menyajikan kopi yang sangat baik dari Kenya, Ethiopia atau Costa Rica. Ia terkenal dengan espresso yang sangat enak dan kek coklat yang unik. Kafe ini sering menganjurkan acara-acara bertema dan bersemangat mengambil bahagian dalam inisiatif antarabangsa seperti hari yoga dunia.
Tarabuk Cafe
Tarabuk adalah kafe sastera di mana pelanggan boleh membaca buku sambil menikmati minuman kopi dan sangat terkenal di Warsaw. Kafe ini menawarkan honey latte dengan buah pelaga yang sungguh enak dan honey latte dengan cili. Anda juga boleh mendapatkan koktel buah-buahan, lemonade dan minuman halia berperisa. Tarabuk juga menyediakan pencuci mulut seperti meringue, cookies halia dan kek vegan. Tempat ini sangat sesuai untuk berehat dan membaca buku.
Adakah anda teringin untuk melanjutkan pelajaran ke Poland ? Cara mudah untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, Daulah Educonsult ada jalan penyelesaiannya.
Apa itu Daulah Educonsult? Daulah Educonsult merupakan agensi yang menguruskan dan menghantar pelajar yang akan menyambung pelajaran ke luar negara.
Kalau nak tahu, Daulah Educonsult sudah banyak menguruskan dan menghantar pelajar-pelajar ke luar negara.
Tak mustahil impian dan cita-cita anda yang ingin menyambung pengajian di luar negara akan tercapai. Daulah Educonsult merupakan agensi yang terbaik dalam menguruskan hal ehwal pelajar yang belajar di luar negara. Bukan calang-calang.
Jika anda berminat dan ingin merialisasikan cita cita anda untuk melajutkan pengajian di luar negara, anda boleh mengisi borang di Google Form:
Hubungi konsultan Daulah Educonsult di 018-9624322 (customer service), 018-2429322 (Customer service 2) 03-92851322 (Pejabat) atau melalui emel daulahmedic@gmail.com atau layari https://daulahmedic.com/ untuk mengetahui dengan lebih lanjut.