Bulan Ramadan adalah bulan kewajipan setiap umat Islam untuk berpuasa tetapi kebanyakan orang Islam tidak dapat menyesuaikan diri dan menyebabkan mereka mengalami masalah pencernaan ketika berpuasa terutamanya bagi pesakit gastrik. Gastrik adalah keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut.
Apakah simptom gastrik ini?
- Perut akan menjadi kembung setelah bersahur
- Akan berasa mual dan muntah-muntah
- Rasa pedih dan sakit pada bahagian atas abdomen perut
- Tidak selera makan
- Muntah darah atau najis berwarna hitam
Tapi gastrik bukanlah masalah utama untuk tidak berpuasa dan anda boleh berpuasa penuh dengan mengamalkan cara ini:
#1 Segera Berbuka dan Lewatkan Bersahur
#2 Berbuka Puasa Dengan Kuantiti Yang Sederhana
Setiap orang ada nafsu dalam makanan terutamanya apabila di bulan ramadhan. Bagi pesakit gastrik, perlu elakkan makan yang berlebihan. Anda boleh amalkan dengan mengambil makanan dalam kuantiti yang sederhana dan jarakkan pengambilan makanan. Seperti sunnah nabi, berbuka dengan buah kurma dan segelas air kemudian solat maghrib terlebih dahulu sebelum makan makanan yang berat.
#3 Makan Makanan Yang Berkhasiat
Makan makanan yang dimasak secara panggang dan rebus akan mengekalkan nutrient di dalam makanan. Selain itu, anda perlu elakkan daripada makanan yang bergoreng dan berlemak. Lemak adalah masalah utama, kerana ia akan memperlahankan pencernaan makanan.
#4 Elak Minum Minuman Berkafein Ketika Berbuka
Elak dari minum air kopi atau teh yang mengandungi kafein. Kafein yang merupakan perangsang saraf yang menyebabkan kelenjar jus gastrik di perut menjadi lebih aktif. Bagaimanapun ia boleh diambil selepas solat terawih bukannya ketika berbuka.
#5 Elakkan Tidur Selepas Sahur
Apabila anda tidur selepas makan terlalu banyak ketika sahur, makanan di dalam perut akan menyebabkan tekanan di perut anda menjadi terlalu tinggi. Ini menyebabkan asid gastric dapat disandarkan dan membawa kepada pedih ulu hati. Oleh kerana enzim penghadaman yang terhad dalam perut, makanan berlebihan akan mengambil masa yang lebih lama untuk dicerna dan ini melambatkan proses pencernaan. Perut yang penuh akan menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan.
Oleh itu, setiap orang perlulah menjaga kesihatan ketika berpuasa supaya tidak mengalami masalah-masalah pencernaan atau lain-lain. Agama Islam tidak memaksa anda berpuasa jika tidak mampu, tetapi anda boleh mencari alternatif lain dan cara amalan mengikut kemampuan anda untuk mengelakkan gastric ini dari berlaku. Jika masih berlarutan, anda boleh berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lebih lanjut.
Teringin nak jadi doktor perubatan?
DAULAH EDUCONSULT MEMBUKA PELUANG MENYAMBUNG PENGAJIAN KE LUAR NEGARA
Bagi mereka yang memasang angan-angan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang perubatan, kini anda boleh!
Anda tidak tahu syarat-syarat untuk belajar ke luar negara?
Jangan risau! Daulah Educonsult dapat membantu menyelesaikan masalah anda. Daulah Educonsult merupakan agensi yang berpengalaman menguruskan dan menghantar pelajar menyambung pengajian ke luar Negara.
BERMINAT?
Jika anda berminat untuk menyambung pelajaran ke luar Negara, anda boleh mengisi boring di SINI, atau boleh hubungi di talian Customer Service .