Seperti umum sedia maklum, setiap negara dan kaum mempunyai keunikan dan kepelbagaian dalam pelbagai aspek. Salah satunya adalah makanan tradisi turun temurun. Tidak ketinggalan juga di negara Rusia. Ya Rusia! Rusia antara negara yang maju dan paling luas di dunia dan bukan sahaja mempunyai Bahasa yang dikategorikan antarabangsa, malahan masyarakat Rusia juga mempunyai citarasa yang baik dari segi pemakanan.
Jom ketahui lebih lanjut tentang makanan tradisi masyarakat Rusia yang disukai ramai ini!
#1 Kulebyaka
Kulebyaka adalah sejenis pai yang tersohor di kalangan masyarakat Rusia. Pai yang berintikan salmon, ikan sturgeon, telur rebus, daging, nasi, kubis, cendawan, dan juga bawang ini berasal daripada perkataan rusia iaitu , “kulebyachit” yang bermaksud dari air tangan dan dibentuk. Nama Kulebyaka diperkenalkan pada abad ke 17. Pada abad ke 19 pula, seorang tukang masak berasal dari Perancis memperkenalkan resipi Kulebyaka di negaranya dan sejurus selepas itu , pai telah dikenali oleh semua masyarakat khusunya masyarakat di Eropah. Kebiasaannya pai akan di jamu pada setiap majlis keraian dan juga ketika bersantai sambil minum petang.
#2 Borscht
Borscht adalah sejenis sup masam yang sangat popular di Eropah timur termasuk negara Rusia. Sup ini berwarna merah dan juga merupakan resipi tradisional yang diperbuat dari batang, daun dan akar hogweed iaitu, sejenis tanaman yang tumbuh di padang rumput basah Slavia. Borscht kebiasaanya di makan dengan roti kecil yang dikenali sebagai “pampushka” dalam Bahasa Rusia.
#3 Pelmeni
Pelmeni adalah sejenis makanan yang di beri nama dim sum jika di Malaysia. Pelmeni diperisikan dengan inti daging segar. Tetapi pengunjung yang ingin mencuba Pelmeni harus berhati hati kerana ia juga boleh di isi dengan isian daging khinzir membuatkan ia tidak halal. Pelmeni sangat popular dalam kalangan pelajar kerana cara penyediannya sangat mudah. Ia boleh digoreng atau juga di rebus. Tetapi kebanyakan orang rusia lebih gemar menyediakannya secara rebus.
#4 Bubur Semolina
Bubur Semolina diperbuat daripada bjiran. Pada zaman pemerintahan Soviet, Bubur Semolina dijual dengan harga yang murah dan sangat cepat disediakan. Bubur Semolina juga merupakan sarapan yang paling digemari dalam kalangan kanak kanak. Bagi kaum ibu yang gemar memasak puding dan bubur, akan selalu menggunakan bubur semolina sebagai asas di dalam masakan mereka. Di hospital pula, pihak doktor menggalakkan untuk memakan Bubur Semolina ini sejurus selepas selesai pembedahan kerana ia nya baik untuk proses pencernaan.
BERMINAT UNTUK BELAJAR DI RUSIA?
Berita baik untuk anda, Daulah Educonsult merupakan agensi persendirian yang membawa pelajar ke luar negara. Telah beroperasi lebih dari 5 tahun dan Daulah Educonsult bukan asing lagi bagi pelajar pelajar yang ingin menyambung ke luar negara.
Jika anda berminat dan ingin merialisasikan cita cita anda untuk melajutkan pengajian ke luar negara, anda boleh mengisi borang di bawah
atau hubungi konsultan Daulah Educonsult di 018-9624322 (customer service), 03-9285 1322 (Pejabat) atau melalui emel daulahmedic@gmail.com
Anda juga boleh layari laman web Daulah Educonsult untuk mengetahui informasi terkini dan maklumat lebih lanjut.