Rusia adalah salah satu negara yang maju dan bahasanya juga termasuk dalam bahasa Antarabangsa. Ramai juga yang mengetahui bahawa Rusia adalah negara terbesar di dunia dan tidak mustahil menjadi tempat tarikan pelancong. Jom kita lihat keindahan tempat-tempat di Rusia yang belum kita ketahui.

1. Moscow

Bandar yang paling ramai penduduk dari Rusia dengan jumlah sebanyak 13.2 juta penduduk dalam kawasan bandar. Moscow juga menjadi tempat tarikan pelancong kerana mengekalkan daya tarikan tradisionalnya. Tidak mustahil Moscow dijadikan tempat pusat pelancongan utama di Rusia. Banyak juga tempat-tempat yang lebih menarik di Moscow yang anda harus kunjungi seperti Kremlin, Red Square, Gereja St. Basil, Mall GUM, Gorky Park dan banyak lagi. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk melawat tempat-tempat menarik ini.

2. St.Petersburg

Kota ini merupakan kota terbesar selepas Moscow dengan jumlah penduduk sekitar 5 juta. Sebuah bandar yang mempunyai pelbagai budaya iaitu perpaduan budaya klasik dan moden. Terdapat juga istana yang dijadikan sebagai kediaman keluarga diraja. St. Peterburg telah menukar nama sebanyak 3 kali sehingga kembali ke nama asalnya semula. Antara tempat-tempat yang perlu anda kunjungi ketika berada di St. Petersburg adalah State Hermitage Museum, St. Isaac Cathedral, Peter & Paul fortress dan banyak lagi.

BACA JUGA :   Papan induk terbaik kelas X570

3. Kamchatka

 

Bagi yang suka akan keindahan alam semula jadi, anda pasti akan tertarik dengan tempat ini. Daya tarik dari semenanjung ini paling menarik dengan keindahan gunung-gunung berapi. Pokok-pokok yang ada di situ dikenali sebagai batu birches akan bertaburan di seluruh semenanjung. Pokok itu juga tidak dapat dipecahkan walaupun dengan angin utara yang kuat. Kamchatka telah menarik puluhan ribu pelancong pada setiap tahun.

4. Kazan

Bandar ini tidak terlalu jauh dari Moscow dan salah satu destinasi pelancongan paling menarik di Rusia. Kazan adalah kota yang paling penting dalam Rusia, ini kerana bandar tersebut dijadikan sebagai urusan ekonomi, ilmu pengetahuan serta pusat kebudayaan. Separuh penghuni bandar ini beragama Islam. Bandar ini mempunyai masjid, gereja dan mempunyai masyarakat yang berbagai agama. Kazan dapat memberikan sedikit gambaran tentang bagaimana Rusia dapat berkembang menjadi negara yang sangat besar dan berbilang etnik seperti hari ini.

BACA JUGA :   Lanjutkan Pengajian Di Kursk State Medical University Secara Online Di Malaysia.

Menarik kan? Jadi apa tunggu lagi. Ayuh kita melancong ke negara terbesar di dunia ni.

Adakah anda teringin untuk melanjutkan pelajaran ke Rusia dalam bidang perubatan? Cara mudah untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, Daulah Educonsult ada jalan penyelesaiannya.

Apa itu Daulah Educonsult? Daulah Educonsult merupakan agensi yang menguruskan dan menghantar pelajar yang akan menyambung pelajaran ke luar negara.

Kalau nak tahu, Daulah Educonsult sudah banyak menguruskan dan menghantar pelajar-pelajar ke luar negara.

Tak mustahil impian dan cita cita anda yang ingin menyambung pengajian di luar negara akan tercapai. Daulah Educonsult merupakan agensi yang terbaik dalam menguruskan hal ehwal pelajar yang belajar di luar negara. Bukan calang-calang.

Jika anda berminat dan ingin merialisasikan cita cita anda untuk melajutkan pengajian di luar negara, anda boleh mengisi borang di Google Form :

Hubungi konsultan Daulah Educonsult 018-9624322 (customer service), 03-9285 1322 (Pejabat) atau melalui emel daulahmedic@gmail.com atau layari https://daulahmedic.com/  untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here