Apakah yang boleh membuat kita gembira? Soalan ini selalunya berlegar di dalam fikiran kita. Apa yang boleh dikatakan, gembira bukanlah suatu perkara yang rumit dan ia bergantung sepenuhnya pada sikap seseorang. Ikuti beberapa cara mudah ini untuk meningkatkan kebahagiaan dalam hidup. Sudah pasti anda akan berasa lebih baik apabila mengamalkannya. JOM!!
1. Jangan Lupa Bersyukur
Cuba mula biasakan diri anda untuk bersyukur pada setiap saat dalam hidup. Sentiasa berterima kasih kepada Tuhan untuk setiap nafas, setiap pergerakan dan untuk setiap perkara yang anda nikmati. Anda akan dapat lihat ramai orang di sekeliling anda yang tidak dapat menikmati kehidupan mereka seperti yang anda lakukan. Tidak lupa juga untuk berterima kasih kepada orang di sekeliling anda!
“Bersyukurlah dengan apa yang anda ada; anda akan memperoleh lebih banyak. Jika anda menumpukan pada apa yang anda tidak ada, anda tidak akan pernah rasa cukup.”– Oprah Winfrey.
2. Waktu Bersendirian
Dalam kehidupan yang sibuk ini, luangkanlah sedikit masa untuk diri sendiri. Sebagai contoh, duduk bersendirian dan mengosongkan fikiran anda. Bebaskan diri anda daripada sebarang pemikiran. Ini adalah masa untuk anda berehat dari rutin harian sambil menyegarkan otak anda. Lihatlah sekeliling dan fikirkan semua perkara yang baik dalam hidup anda sambil melupakan sebarang insiden yang buruk.
3. Positif
Buang jauh-jauh segala tanggapan negatif daripada fikiran anda. Dalam keadaan apa pun, anda perlu cuba mencari sesuatu yang positif. Anda perlu percaya bahawa sesuatu yang baik akan sentiasa hadir dalam hidup anda.
“Cara pemikiran kita menghasilkan perkara yang baik atau buruk.” – Stephen Richards
4. Ketawa
“Sentiasa ketawa apabila anda boleh. Ia adalah ubat yang murah.”– Lord Byron
Anda mempunyai hak untuk menertawakan apa-apa yang anda mahukan. Anda boleh menggunakan ketawa sebagai terapi yang baik untuk membuat diri anda bahagia. Setiap kali berasa sedih, fikirkan beberapa detik-detik bahagia dalam hidup anda dan ia pasti membuat anda ketawa. Percayalah, ia dapat mengubah mood anda dengan cepat.
“Ketawa yang baik menyembuhkan banyak masalah.” – Madeleine L’Engle
5. Lakukan yang terbaik
Melakukan yang terbaik ketika menjalankan kewajipan anda dalam kehidupan memberikan anda rasa kepuasan yang lebih tinggi. Jika anda meletakkan usaha sebenar untuk mencapai sesuatu, maka tidak ada sebab anda tidak boleh mendapatkannya. Keputusan mengambil masa, tetapi akhirnya usaha akan diiktiraf dan dihargai.
“Lakukan kebaikan, dan kamu akan mendapat kebaikan.” dan,
“Sentiasa lakukan yang terbaik. Apa yang anda tanam sekarang, anda akan menuai kemudian.”– Og Mandino
Semoga cara-cara ini dapat membantu anda untuk menjadi seorang yang lebih gembira. Selamat mencuba!
DAULAH EDUCONSULT MEMBUKA PELUANG MENYAMBUNG PENGAJIAN KE LUAR NEGARA
Anda ada keinginan untuk sambung belajar ke luar negara? Daulah Educonsult ada cara mudah untuk merealisasikan impian anda! Kami adalah sebuah agensi yang mengurus dan menghantar pelajar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.
Terdapat pelbagai bidang yang ditawarkan. Antaranya, Pengajian Islam, Pra-Perubatan, Perubatan, Veterinar, Pergigian, dan banyak lagi.
BERMINAT?
Untuk ketahui dengan lebih lanjut, anda boleh hubungi talian hotline kami:
- Customer Service 1 : 018-9624322 https://wa.me/60189624322
- Customer Service 2 : 018-2429322 https://wa.me/0182429322
- Tuan Syed Fuad : 018-2429322 https://wa.me/0182429322
- Pejabat : 03-92851322
Atau anda boleh layari kami di platform berikut:
- Facebook : https://www.facebook.com/DaulahMedic/
- Website : https://daulahmedic.com/
- Email : daulahmedic@gmail.com
Alamat Pejabat: No. 1-19 Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100, Kuala Lumpur.
“Ayuh realisasikan impian anda bersama Daulah Educonsult”