1. Mengalkalikan Tubuh Badan

Tubuh manusia boleh menjadi terlampau berasid apabila mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Apabila badan berasid, selain mengganggu pelbagai fungsi dalam badan, tubuh juga terdedah kepada pelbagai penyakit seperti kanser. Walaupun lemon bersifat asid (masam), namun ia mampu membantu mengalkalikan tubuh dan darah. Lemon juga membantu memastikan keseimbangan pH dalam badan.

2. Mencantikkan Kulit

Kandungan vitamin C pada lemon memainkan peranan penting bagi mengekalkan kulit yang sihat dan sebagai antioksidan bagi mencegah penuaan pramatang dan melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit.

3. Membantu Penghadaman

Air suam sememangnya membantu merangsang saluran penghadaman atau dengan kata lainnya merangsang pergerakan usus (bowel movement). Lemon pula dipercayai dapat mengaktifkan dan membersihkan organ hati.

BACA JUGA :   World Oral Health Day (WOHD) Tekankan Kesihatan Mulut

 

4. Membantu Proses Penyingkiran Toksin

Air lemon bersifat diuretic, yang mana membantu tubuh menyingkirkan cecair dan toksin dalam badan. Asid sitrik yang terkandung di dalamnya juga membantu proses detoksifikasi pada organ hati. Hati merupakan salah satu organ utama membuang toksin dari tubuh manusia. Bila toksin dapat disingkirkan, nutrient daripada makanan juga lebih mudah diserap.

5. Membantu Menurunkan Berat Badan

Minum air lemon pada waktu pagi membantu tubuh membakar lemak dengan lebih efisyen. Organ hati yang berfungsi dengan baik akan memastikan proses metabolisme lemak berjalan lancer dan ini sangat penting dalam menurunkan berat badan.

CREDIT : www.nona.my

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here