Wanita dan kecantikan telah menjadi sinonim dan diketahui umum oleh semua orang. Semua wanita ingin tampil bergaya dan cantik sentiasa. Ramai juga yang hanya mengambil kisah tentang kesihatan kulit muka, bau badan dan sebagainya. Tetapi tidak ramai yang memberi perhatian terhadap kesihatan bibir mereka. Oleh itu jom baca tips di bawah bagi anda yang mengimpikan bibir persis Angelina Jolie.
Tips 1- Sentiasa pakai lip balm
Tak kisah jenama apa sekalipun. Lip balm hendaklah selalu di sapukan untuk penyembuhan dan mengelakkan bibir yang lembab dan dapat melindungi bibir dari sebarang rekahan.
Untuk pemilihan lip balm yang tepat, haruslah mempunyai bahan bahan tersebut :-
- Beeswax
- Petroleum
- Dimethicone
Tips 2 – Gunakan Petroleum Jelly
Dengan penggunaan petroleum jelly ini dapat membantu bibir daripada sinaran matahari yang boleh menyebabkan bibir kering dan merekah. Sapukan setiap malam sebelum tidur!
Tips 3- Buang sel mati dengan skrub bibir.
Bukan kulit muka sahaja yang perlu di skrub, bibir juga penting untuk di skrub. Sekurang kurangnya sekali seminggu. Pengelupasan bibir adalah langkah pertama yang menyebabkan bibir merekah. Anda boleh menggunakan skrub untuk bibir dan pastikan di gosok secara perlahan lahan.
Tips 4- Gunakan lip mask.
Sewaktu kita tidur , lip mask sangat penting untuk merawat bibir kita seharian terdedah dengan molekul bebas.
Jom amalkan tips di atas dan manfaatkan bersama untuk dapatkan bibir cantik perisi Angelina Jolie!