Setiap manusia memiliki sifat yang tersendiri. Ada sesetengah orang yang terlalu suka menghabiskan wang sehingga wangnya tidak cukup untuk menampung diri sendiri untuk hari-hari akan datang. Tapi tidak semua orang bersifat sebegitu, ada juga yang mengamalkan sifat berjimat cermat. Disini saya akan tunjukkan tips untuk menabung bagi mereka yang berkeinginan untuk menyimpan wang.

Sediakan tabung: wajib letak setiap hari

Bila kita ingin menyimpan duit, kita perlu sediakan tabung terlebih dahulu. Pastikan setiap hari kita letak duit dalam tabung itu tidak kira RM1, RM5, RM10 atau RM20. Lebih mudah jika kita meletakkan not duit yang ganjil yang ada pada dompet kita. Setiap kali gaji, wajib juga kita masukkan RM50 di dalam tabung tersebut. Digalakkan untuk menyimpan duit di dalam botol yang sempit dan sukar untuk mengambil agar kita tidak dapat keluarkan duit dalam botol tersebut.

Buat belanjawan / bajet keluarga

Bagi mereka yang sudah mempunyai keluarga, anda haruslah membuat belanjawan yang bijak untuk anda dan juga keluarga. Cara ini boleh mengetahui ke mana duit itu dibelanjakan dan dapat mengurangkan perbelanjaan pada barang yang tidak penting. Anda juga mestilah belajar simpan sebelum berbelanja. Contohnya gaji anda RM 2000, cuba untuk simpan RM 200 sebulan. Tetapi jika anda rasa berat untuk menyimpan kerana banyak hutang atau perlu membeli barang penting yang menggunakan banyak duit, anda juga boleh simpan RM100 atau RM50 sebulan.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Tawar Peluang Lanjut Pengajian Di Universiti Luar Negara.

Kurangkan penggunaan kad kredit

Zaman kini, penggunaan kad kredit semakin mudah untuk diperolehi. Kad kredit amat berguna untuk hal-hal kecemasan tetapi penggunaanya amat berleluasa sehingga menyebabkan hutang bertimbun. Ia digunakan secara meluas untuk menggantikan wang. Jadi mereka tidak akan sedar seberapa banyak duit yang digunakan. Jadi lebih baik menggumpul duit dan membeli barang secara tunai. Atau anda juga boleh menggunakan kad kredit tetapi perlu pastikan bayaran penuh dibuat dalam masa 20 hari atau sebelum dikenakan sebarang faedah.

Jangan membazir

Untuk mengurangkan perbelanjaan seharian, anda juga boleh membawa bekal makanan sendiri. Anda perlu sedar yang makan di luar atau bungkus makanan di luar boleh menyebabkan simpanan anda terjejas. Jika anda keluar bersama keluarga atau kawan, jangan pula membeli banyak barang yang tidak berfaedah dan akan membuat anda menyesal membelinya.

Buat tabung berlainan jenis

Jika anda ingin menyimpan untuk tujuan belajar, bercuti atau ibu bapa, anda perlu menyediakan pelbagai tabung yang berlainan. Perkara ini memudahkan anda untuk mengetahui duit tersebut perlu digunakan untuk apa. Lebih baik jika anda meletakkan note atau lain-lain warna pada setiap tabung untuk memudahkan kerja anda.

BACA JUGA :   Sambung Belajar di Universiti-universiti Terbaik di Poland

Adakah anda teringin untuk melanjutkan pelajaran ke Rusia? Cara mudah untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, Daulah Educonsult ada jalan penyelesaiannya.

Apa itu Daulah Educonsult? Daulah Educonsult merupakan agensi yang menguruskan dan menghantar pelajar yang akan menyambung pelajaran ke luar negara.

Kalau nak tahu, Daulah Educonsult sudah banyak menguruskan dan menghantar pelajar-pelajar ke luar negara.

Tak mustahil impian dan cita-cita anda yang ingin menyambung pengajian di luar negara akan tercapai. Daulah Educonsult merupakan agensi yang terbaik dalam menguruskan hal ehwal pelajar yang belajar di luar negara. Bukan calang-calang.

Jika anda berminat dan ingin merialisasikan cita cita anda untuk melajutkan pengajian di luar negara, anda boleh mengisi borang di Google Form:

Hubungi konsultan Daulah Educonsult di 018-9624322 (customer service), 03-9285 1322 (Pejabat) atau melalui emel daulahmedic@gmail.com atau layari https://daulahmedic.com/   untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here