Vietnam salah satu negara pulaukan Google, Youtube?

0
437

Vietnam mengeluarkan arahan kepada beberapa syarikat agar tidak mengiklankan video di semua laman kendalian Google, YouTube yang mengandungi propaganda anti-negara, ketika tekanan turut dikenakan kepada syarikat teknologi gergasi dunia itu.

Parti Komunis yang memerintah negara itu sudah melakukan pembaharuan ekonomi dan mengamalkan keterbukaan kepada perubahan sosial tetapi masih mengekalkan penapisan media yang ketat di Vietnam dan tidak bertolak ansur dengan perbezaan pendapat.

“Google didapati menguruskan kandungan secara mendadak yang membolehkan yang menyebabkan pengguna membeli langsung iklan dari YouTube dan Google tanpa membabitkan ejen iklan domestik,” kata Agensi Berita Vietnam (VNA) merujuk kepada pengumuman Kementerian Penerangan dan Komunikasi.

Kementerian itu turut menyenaraikan beberapa syarikat asing, termasuk Samsung Electronics, Huawei Technologies, Yamaha Motors dan aplikasi Grab yang menjadi saluran untuk menyebarkan video menyalahi undang-undang dan tidak wajar.

Menurut agensi itu, Kementerian Penerangan Vietnam mengenal pasti kira-kira 55,000 video YouTube yang dianggap ‘berbahaya’, atau melanggar undang-undang Vietnam. Daripada jumlah itu, kira-kira 8,000 sudah dipadam atas permintaan pihak berkuasa Vietnam.

“Dalam masa terdekat, pihak berkuasa akan meminta YouTube untuk mengenal pasti saluran Vietnam, dan hanya yang diperakui akan dipertimbangkan untuk perkongsian hasil iklan,” katanya, tanpa mengulas lanjut. – Credit kepada Berita Harian untuk info ini.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here