“Apa nak buat ni? Baru je habis paper petang tadi, esok ada lagi paper. Letih la otak macam ni. Dah lah banyak lagi chapter yang belum cover. Ada tak tips study last minute?”

Memang akan gelabah kalau tidak sempat cover semua topik untuk exam.

Kalau tak study, lagilah haru biru jadinya tak dapat nak jawab.

Tapi, macam mana nak cover semua topik dalam satu malam?

Ada 5 perkara yang perlu dilakukan menjelang peperiksaan.

BACA SEMULA NOTA

Daripada anda membuang masa membaca buku teks tebal yang anda sendiri pasti tidak semua input akan masuk ke dalam otak, lebih baik anda baca nota ringkas yang anda buat atau yang diberikan oleh guru/pensyarah. Biasanya isi nota tidak panjang malah lebih straight to the point. Ia dapat membantu anda untuk memahami sesuatu isi dengan lebih mudah.

BACA JUGA :   Ijazah dalam Bidang Pengajian Islam di Universiti Indonesia

CARI INFO YANG PENTING

Highlight info-info penting seperti definisi perkataan, fakta-fakta dan konsep berkaitan dengan isi.

Lebih baik jika anda tulis semula isi-isi yang penting di kertas berasingan. Ia lebih mudah untuk diingati. Anda juga boleh guna nota kecil tersebut pada keesokan hari..

BACA TOPIK YANG PENTING

Kalau nak cover semua topik dalam satu malam, memang mustahil. Anda boleh lihat semula study guide. Biasanya pensyarah akan fokus pada tajuk yang penting. Jadi, anda boleh beri tumpuan yang lebih pada topik yang ditekankan oleh pensyarah. Tapi, jangan lupa juga untuk baca topik lain. Mana tahu ada soalan yang keluar dari topik yang anda tidak baca.

REVIEW SEPINTAS LALU

Lakukan review sepintas lalu selepas anda selesai membaca satu topik. Ini adalah untuk mengetahui sama ada anda sudah memahami, mengingati dan menguasai topik tersebut.

BACA JUGA :   Solat Tarawih Secara Dalam Talian Adalah Tidak Sah

 CARA MENGHAFAL

Anda boleh cuba cara menghafal ini jika anda masih belum berpuas hati dengan tahap penguasaan anda tentang sesuatu topik.

Antaranya:

  • Mnemonic device: Ia adalah cara yang termudah untuk menghafal di mana kaedah singkatan huruf atau acronyms digunakan seperti ROYGBIV untuk warna-warna pelangi dalam bahasa Inggeris.
  • Pegs:Menukar perkataan yang perlu diingati dalam bentuk irama dan lagu. Kaedah menghafal juga mudah dengan cara ini.
  • Chunking:Susun info dalam satu kategori. Misalnya dalam subjek Kewangan, ia meliputi stok, bon, fund dan sebagainya. Jadi bila berdepan dengan soalan Kewangan, anda akan ingat senarai di bawah kategori itu.


Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here