Penubuhan universiti ini adalah bermula pada tahun 1935 dan dikenali dengan nama Kursk State Medical Universiti dimana nama negeri diambil sempena nama universiti atau lebih dikenali KSMU ringkasannya. Semenjak penubuhan universiti ini, telah melatih lebih 1000 Doktor Perubatan, Pergigian dan Ahli Farmasi.

Mendapat tempat di hati pelajar dari lebih 30 negara di serata dunia. Kebanyakan pelajar lepasan KSMU mendapat kelulusan dan sudahpun bekerja di pelbagai bidang. Memiliki lebih dari 1200 pelajar luar negara yang tercatat dari rekod kemasukan pelajar. Mempunyai daya tarikan dimana telah mempunyai lebih dari 650 orang pendidik dengan fasiliti pembelajaran yang cukup memberikan keunikan kepada KSMU.

Antara daya tarik lain yang menjadikan KSMU sebagai 10 universiti terbaik Rusia adalah sistem pengajian yang sistematik dan merupakan universiti pertama yang menggunakan medium bahasa inggeris secara penuh bagi Program Ijazah Doktor Perubatan. Ini yang membuatkan ia sangat dikenali dan menjadi sebutan pelajar-pelajar di serata dunia.

Antara kelebihan lain KSMU adalah kos yuran pengajian yang sangat berpatutan berbanding universiti yang lain dan kos sara hidup yang tidak terlalu tinggi. Lokasi KSMU terletak dalam anggaran 1 jam 15 minit jika naik flight dari bandar Moscow. Kursk merupakan sebuah negeri yang semakin membangun dengan terdapat pelbagai pusat beli belah yang baru dinaikkan. Berdekatan KSMU juga terdapat pusat beli belah untuk pelajar kunjungi. Pelajar muslim pula tidak perlu risau lagi tentang makanan halal di Kursk, ia mudah didapati di sana.

BACA JUGA :   Merentas Ke Rusia Untuk Sambung Belajar Bersama Daulah Educonsult Sesi November 2020

BIDANG YANG DITAWARKAN?

Pelbagai bidang yang ditawarkan di KSMU tetapi yang paling mendapat sambutan adalah bidang Perubatan terutamanya pelajar dari Malaysia. KSMU telah mendapat pengiktirafan penuh dari Kementerian Malaysia, Jabatan Pendidikan Awam (JPA), Malaysia Qualification Agency (MQA), Malaysia Medical Council (MMC) dan World Health Organization (WHO).

Sumber : http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm

KSMU menawarkan peluang yang terbaik kepada pelajar yang berminat dalam bidang perubatan. Peluang keemasan ini dibuka kepada pelajar O level dan A level atau mengikut tahap di Malaysia lepasan SPM, IGCSE, Asasi, Matriks, STPM, Diploma atau setaraf. Kemasukan pelajar dari pelbagai lepasan meningkat dari setahun ke setahun bagi dua program ini iaitu Pra Perubatan bagi lepasan SPM dan Ijazah Perubatan bagi lepasan Asasi, Matriks, STPM, Diploma atau setaraf. (Semakan Syarat Kelayakan Ke KSMU

Ramai yang tidak tahu dengan menggunakan SPM membolehkan anda untuk mengikuti Pra Perubatan selama 7 ke 10 bulan untuk persediaan sebelum ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Perubatan. Antara subjek sepanjang pengajian Pra Perubatan adalah Bahasa Rusia, Matematik, Biologi, Fizik dan Kimia. Tetapi bagi pelajar lepasan Asasi dan lain-lain akan terus ke peringkat Ijazah.

Bidang perubatan di KSMU ditubuhkan khusus untuk melatih pelajar secara praktikal yang memberikan pelajar kemahiran dalam bidang perubatan yang sebenar. Pelajar juga berpeluang menjalani praktikal di hospital tempatan Rusia dimana pelajar boleh mengenali dengan lebih dekat pesakit, berkomunikasi dan menjalankan perubatan terhadap pesakit mereka. Inilah antara keunikan yang menjadikan KSMU antara pilihan utama pelajar-pelajar luar.

BACA JUGA :   Kerja "Luas" selepas tamat belajar dalam bidang sains kesihatan

Kemasukan pelajar baru adalah bagi sesi Februari, April, Jun dan September bagi Program Pra Perubatan, bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perubatan hanya intake Februari dan September sahaja. Pelajar lepasan SPM yang sudah mendapat trial SPM juga sudah boleh mula mendaftar untuk kemasukan Februari bagi mendapatkan tempat di universiti. Kemasukan bagi setiap sesi adalah terhad kepada beberapa tempat sahaja. Pelajar boleh menghubugi Daulah Educonsult Sdn Bhd yang berpengalaman dalam menguruskan kemasukan pelajar ke Kursk State Medical University.

Antara pelajar-pelajar yang mendaftar untuk kemasukan sepanjang 2019.
Sumber daulah :https://daulahmedic.com/

Daulah Educonsult antara pihak pengurusan yang menguruskan kemasukan pelajar-pelajar dalam pelbagai bidang antaranya Perubatan, Pergigian, Farmasi, Veterinar, Kejuruteraan, Pengajian Islam dan lain-lain bidang lagi di pelbagai negara. Pengalaman mengurus pelajar dari tahun 2008 sehingga kini memberikan impak dan banyak pengalaman kepada pihak Daulah. Pengurusan yang sistematik, teratur dan pelajar dianggap seperti keluarga antara kelebihan Daulah Educonsult.

Kemasukan terkini bagi Kursk State Medical University boleh terus ke laman web www.daulahmedic.com atau boleh terus hubungi Pengarah Urusan Daulah Tuan Syed Fuad bin Syed Othman di talian 013-2090322 atau 013-2853903 (Cik Nabila) dan pertanyaan lanjut di talian khidmat pelanggan 018-9624322.

https://daulahmedic.com/2019/07/17/peluang-belajar-di-universiti-rusia-sesi-september/

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here