Peluang Melanjutkan Pengajian ke Maahad Buuth Islamiah, Al-Azhar Univeristi

0
1325

Maahad Buuth merupakan laluan untuk masuk ke Universiti Al-Azhar di Mesir tanpa SPM/STAM. Maahad Buuth Al-Azhar terletak di kota Kaherah, Mesir. Ia mengambil masa lebih kurang lima (5) minit dari Universiti dan Masjid Al-Azhar jika menaiki kenderaan.

Sekolah ini bersifat “Sekolah Kebajikan”. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar hanya mengeluarkan duit untuk keperluan asas, keperluan pengurusan, kos sara hidup serta pembelian buku sekolah sahaja. Bagi yuran-yuran lain dan gaji guru, ia dibiayai oleh Institusi Al-Azhar. Sekolah ini juga diibaratkan sebagai “Sekolah Antarabangsakerana pelajar-pelajarnya yang datang dari seluruh pelosok dunia dan benua.

Mata Pelajaran

Antara mata pelajaran yang diajar di Buuth ialah:

  1. Fiqh
  2. Tauhid
  3. Hadis
  4. Khat
  5. Nahu
  6. Sorof
  7. Insya’
  8. Tauhid
  9. Sirah
  10. Imla’
  11. Tajwid
  12. Al Quran
  13. Sains
  14. Komputer
  15. Matematik
  16. Geografi
  17. Sejarah
  18. Bahasa Inggeris / Bahasa Perancis

Kelas bermula dari jam 8 pagi sehingga jam 12 tengah hari. Sebanyak lima (5) kelas dijalankan setiap hari dan setiap tahap kelas mempunyai subjek yang berbeza.

BACA JUGA :   Impian Tinggi Untuk Menyambung Pengajian ?

Pengajian


Anda perlu menduduki ujian penentuan (Imtihan Qabul) untuk menentukan samada anda akan dimasukkan terus ke Maahad Buuth atau perlu melalui Dirosoh Khossoh (Pra-Maahad Buuth) terlebih dahulu.

Sistem pembelajaran di Maahad Buuth Islamiah tidak sama sepert Malaysia.
Sistem di Mesir bergantung kepada prestasi pelajar. Pelajar boleh mengambil ujian Tahdid Mustawa yang membolehkan pelajar menyingkatkan tempoh pengajian (Lompat Kelas).

Sambung Pengajian

Selepas tamat di Buuth Al-Azhar, pelajar boleh memohon untuk masuk ke mana-mana institusi pengajian tinggi di Mesir mahupun luar Mesir seperti Universiti Ummul Qura, Arab Saudi.  Sijil sekolah ini adalah bertaraf antarabangsa.

Kebiasaannya, pelajar akan menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar. Mereka lebih mudah masuk kerana tidak perlu lagi menduduki ujian Imtihan Qabul. 

BACA JUGA :   Persediaan sebelum masuk ke universiti [KHAS KEPADA PELAJAR]!!

Daftar Masuk


Syarat kemasukan ke Maahad Buuth Islamiah adalah:
1. Berumur 14 hingga 21 tahun
2. Mempunyai keazaman & kesungguhan untuk belajar
3. Mampu mengikut peraturan dan disiplin yang ditetapkan

Pendafataran masuk menjadi lebih mudah melalui pihak Daulah Educonsult.

Caranya adalah dengan menyertai Program Madrasah Daulah yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult terlebih dahulu.

Program Madrasah Daulah merupakan sebuah program persediaan sebelum menduduki ujian Imtihan Qabul di Maahad Buuth.

Program ini dapat membantu anda untuk memantapkan penguasaan bahasa arab anda dan pengajian Al-Quran bagi meluluskan anda ke peringkat yang lebih tinggi di Maahad Buuth nanti.


Inginkan maklumat lanjut ? Boleh layari laman web www.madrasahdaulah atau anda juga boleh menghubungi konsultan mereka di talian 018-2546562 CIK AQISH), bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Baru. Kemasukan terhad kepada 7 orang pelajar lelaki dan 3 orang pelajar perempuan.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here