Kajian perubatan mendapati, jumlah lemak yang banyak di dalam badan boleh menyumbang kepada pembentukan kanser, penyakit diabetes, masalah kolesterol tinggi dan masalah jantung. Lebih teruk lagi, ia boleh menyebabkan seseorang itu berisiko tinggi untuk menderita dengan pelbagai penyakit sepanjang hidup mereka berbanding mereka yang tidak banyak mempunyai lemak di bahagian perut walaupun mempunyai BMI yang sama.
Di artikel ini dikongsikan beberapa tips yang anda boleh amalkan untuk mengelakkan lemak-lemak berlebihan di sekitar perut anda.
Pertama sekali, ‘liposuction’, pil diet, diet secara ekstrim dan yang sewaktu dengannya sangatlah perlu dielakkan kerana ia adalah untuk kesan sementara sahaja dan ia juga boleh memberi kesan sampingan kepada diri anda. Sebagai contoh, ‘liposuction’ atau ‘sedut lemak’ ini boleh menyebabkan pendarahan dalaman, manakala pil diet pula akan memberi kesan kepada sistem saraf dan ia juga mungkin dihasilkan daripada bahan-bahan yang telah di ‘ban’ atau secara tidak sah.
Anda disyorkan menambah pengambilan makanan seperti oat yang mana ia rendah lemak, rendah karbohidrat yang tidak baik, dan rendah kalori tetapi tinggi nilai nutrisinya. Oat lebih elok dimakan kosong tanpa gula atau garam sekiranya anda ingin membuang lemak di perut dengan cepat. Walaubagaimanapun, jika anda tidak suka rasa yang kosong dan tawar, anda bolehlah menambah madu atau buah-buahan ke dalam hidangan oat anda.
Makanan serat atau bijirin penuh, buah-buahan segar, brokoli, lobak, dan tomato adalah antara yang paling baik untuk menghilangkan lemak di perut. Makanan ini tidak mempunyai kalori yang tinggi tetapi mempunyai banyak serat fiber, mineral dan vitamin di dalamnya.
Selain itu, untuk mengurangkan lemak di bahagian perut, anda perlulah makan dalam jumlah yang kecil (4 – 6 hidangan) berbanding mengambil 1 – 3 hidangan yang banyak dalam sehari. Dengan berbuat demikian, kadar metabolisma anda akan meningkat kerana metabolisma tidak perlu memecahkan makanan sesukar yang dihadapi sekiranya anda makan makanan dengan jumlah yang banyak. Selain itu, dengan meminum teh atau kopi juga boleh meningkatkan metabolisma anda tetapi haruslah mengawal pengambilan minuman jenis ini.
Ayuh jaga kesihatan bersama!
Credit : https://kevinzahri.com/8-tips-elak-perut-buncit/