“MENANGIS Je,” itu antara luahan pendakwah dan penceramah motivasi tidak asing lagi, Ustaz Ebit Lew yang sering berkongsi aktiviti dakwah jalanannya dan juga kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Namun perkongsian Ebit, 35 yang terkenal dengan tagline ‘ALLAH Sayang’ kali ini sangat merumtum jiwa bukan sahaja kepada ustaz sendiri tetapi para warganet.

Malam tadi dia meneruskan aktiviti dakwahnya seperti biasa, tetapi kali ini berbeza kerana memilih kelab malam sebagai lokasi.

Sedia maklum, kelab malam adalah tempat hiburan bagi anak-anak remaja tidak kira bangsa dan agama untuk menari, mendengar muzik dan meminum air nikmat dunia (arak). Di dalam kelab malam akan di sediakan dengan minuman keras yang berharga sehingga mencecah ribuan ringgit.

Katanya, dia berasa sebak, sedih dan sayu di hati apabila pergi berdakwah di kelab malam semalam kerana di situ penuh sesak dengan anak muda yang pastinya beragama Islam sedang beratur dan keluar dan masuk kelab malam.

“Ramai anak remaja baik-baik sahaja apabila diberi nasihat. Senyuman dan wajah mereka macam anak di rumah. Ada yang ajak bergambar. (Namun) Ada ramai juga cabut lari.

“Sebak, apabila berbual dengan beberapa remaja perempuan (berusia) 20-an. Ustaz, kami tak solat langsung. Kami kotor dengan dosa. ALLAH maafkan kami tak?. Kami berzina, mabuk, ambil pil dan dadah, boleh solat tak?

“Semua muda-muda lagi pangkat adik-adik (dengannya). Saya teringat anak-anak dekat rumah sahaja. Sudah tua saya, begini nasib anak muda Islam. Apalah nak jawab pada Nabi (S.A.W) dan sahabat rhum esok. Maafkanlah diriku y ALLAH,” tulisnya.

Katanya lagi, sejak semalam, dia belum dapat tidur dan menangis ingat mereka.

“Sayang dan kasihan mereka. Menangis sahaja balik dakwah anak muda semalam. Mereka baik-baik. Suka dengar nasihat. Rindu nak tanya soalan-soalan agama. Ya ALLAH bantulah dan berkatilah hidup anak-anak ini semua. Selamatkanlah mereka dari dunia ini arak, maksiat, dadah, tak solat,” tulisnya.

Malah beliau juga memohon agar para pengikutnya turut mendoakan anak-anak muda itu kembali ke pangkal jalan.

Artikel Penuh : Sinar Harian

……………………………………………………………………………………………………………….

DAULAH EDUCONSULT MEMBUKA PELUANG MENYAMBUNG PENGAJIAN KE LUAR NEGARA

Anda ada keinginan untuk sambung belajar ke luar negara? Daulah Educonsult ada cara mudah untuk merealisasikan impian anda! Kami adalah sebuah agensi yang mengurus dan menghantar pelajar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.

Terdapat pelbagai bidang yang ditawarkan. Antaranya, Pengajian Islam, Pra-Perubatan, Perubatan, Veterinar, Pergigian, dan banyak lagi.

BERMINAT?

Untuk ketahui dengan lebih lanjut, anda boleh hubungi talian hotline kami:

Atau anda boleh layari kami di platform berikut:

Alamat Pejabat: No. 1-19 Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100, Kuala Lumpur.

“Ayuh Realisasikan Impian Anda Bersama Daulah Educonsult”

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here