Portrait of a business people looking at new plan in boardroom at meeting

Memulakan kerjaya anda sebagai seorang usahawan bukanlah perkara yang mudah dan ia agak mencabar. Anda akan menghadapi banyak masalah dan anda perlu mencari jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah tersebut. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai idea yang bagus di dalam minda dan pelan perniagaan yang betul dan sesuai, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan risiko dalam perniagaan.

Anda masih menghadapi masalah dalam membuat keputusan untuk memilih perniagaan yang hendak anda lakukan? Sekiranya anda menghadapi masalah tersebut, teruskan membaca artikel ini! Artikel ini akan sedikit sebanyak membantu anda untuk mengetahui empat (4) perniagaan kecil di Malaysia yang terbaik dari segi keunikan, modal permulaan, pengurangan risiko dan beberapa faktor lain yang berkaitan.

#1 Perniagaan Fesyen

Seperti semua negara lain, rakyat Malaysia juga tidak ketinggalan dalam dunia fesyen. Rakyat Malaysia sangat menitikberatkan tentang pakaian dan penampilan mereka. Meskipun sudah terdapat banyak jenama fesyen dan cawangan yang sudah ada di negara ini, masih terdapat peluang untuk usahawan baru membawa citarasa fesyen yang lebih menarik.

BACA JUGA :   Penternakan Arnab : Mampukah Ia Bertahan Setanding Binatang Ternakan Lain

Sekiranya anda merancang untuk menggunakan idea ini bagi menjalankan perniagaan anda di Malaysia, jangan lupa tentang citarasa fesyen tempatan. Oleh itu, anda perlu mempunyai pengetahuan mendalam dan pengetahuan tentang fesyen tempatan negara.

#2 Membaiki Telefon Pintar dan Komputer Peribadi (PC)

Ia boleh menjadi salah satu contoh perniagaan kecil di Malaysia yang menguntungkan. Seperti yang kita tahu, lebih daripada 50% orang dewasa di Malaysia memiliki PC atau telefon pintar. Ini bermakna terdapat peluang yang baik untuk jenis perniagaan yang dapat membantu menyelesaikan masalah dengan pelbagai peranti seperti komputer riba, telefon pintar, dan sebagainya.

Kebanyakan orang mahukan peranti rosak mereka diperbaiki daripada dibuang. Oleh itu, jika anda mempunyai kemahiran untuk membaiki telefon bimbit terbaru dan peranti lain, anda mempunyai peluang untuk memulakan jenis perniagaan ini di Malaysia.

#3 Perniagaan E-Dagang

Dalam senarai perniagaan kecil di Malaysia, perniagaan e-dagang sentiasa menjadi salah satu pilihan terbaik untuk memulakan perniagaan. Tidak kira sama ada anda yang ingin memulakan perniagaan ini memiliki laman web sendiri atau tidak. Hal ini dikatakan demikian kerana anda boleh mendapatkan perkhidmatan untuk menjual produk dari laman web yang bereputasi seperti Lazada dan Shopee.

BACA JUGA :   Berniaga Secara Atas Talian Melalui Safer Food Merchant.

Jika anda tidak mempunyai modal yang cukup untuk melancarkan kedai e-dagang sendiri, anda tidak perlu risau. Terdapat beberapa kedai online yang boleh dipercayai yang dapat membantu anda menjual produk anda.

 

#4 Perniagaan Tempahan Hotel Online

Malaysia adalah salah satu negara tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Pantai-pantai, hutan hujan dan pemandangan indah yang lain menarik sejumlah besar pelancong asing untuk melawat Malaysia. Ini akan menampakkan kepentingan perniagaan tempahan hotel online di negara ini.

Anda hanya perlu mempunyai beberapa perkongsian dan pautan dengan kebanyakan hotel berdekatan yang terletak di negara ini. Pembayaran akan dibuat berdasarkan terma dan syarat dan perjanjian anda. Ia boleh menjadi peluang perniagaan online yang sangat baik di Malaysia untuk tahun 2019.

Semoga artikel ini dapat membantu anda untuk memilih jenis perniagaan yang hendak anda lakukan. Semoga berjaya!



Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here