Rasulullah SAW seorang pemaaf. Baginda tidak mudah berasa sakit hati apatah lagi berdendam walaupun diperlakukan dengan pelbagai perbuatan menyakitkan, bahkan turut mengancam nyawanya.

Satu kisah Rasulullah SAW diludah oleh kaum kafir Quraisy ketika hendak pulang dari masjid selepas selesai menunaikan solat, namun baginda tidak pernah membalasnya.

Satu lagi peristiwa berlaku di Taif di mana Rasulullah SAW dalam usahanya mengembangkan Islam.

Disebabkan penduduk Makkah menolak usaha dakwah yang disampaikannya, baginda berusaha pula mengajak penduduk Taif kepada Islam.

Usaha Nabi SAW bukan hanya ditolak, tetapi ditentang dan dibaling batu oleh pemuda Bani Thaqif sehingga kaki baginda berdarah.

Bagaimanapun, Rasulullah SAW tetap mendoakan mereka supaya mendapat pengampunan Allah SWT walaupun ditawarkan Malaikat Jibrail untuk membinasakan mereka.

Pendekatan diambil baginda adalah memaafkan serta mendoakan mereka supaya dikurniakan pengampunan dan hidayah.

Perbuatan sakit hati, mudah marah, menyimpan kebencian serta dendam pada orang lain akan menggganggu kesihatan jasmani seperti stres dan meningkatkan tekanan darah.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan, sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu termasuk hal yang diutamakan.” (Surah as-Syuraa, ayat 43).

Begitulah karektor pemaaf yang dimiliki Rasulullah SAW yang patut diteladani setiap manusia.

Jika seseorang datang untuk meminta maaf, maka baginda terus memaafkan orang itu.

BACA JUGA :   Tawaran Pengajian Perubatan Di Indonesia Sesi September 2020

Untuk menjadi seorang yang mampu memaafkan orang yang melakukan kesalahan kepada kita memerlukan jiwa yang besar.

Orang yang memaafkan sedangkan dia berada di pihak yang benar adalah kemuliaan buat dirinya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang yang jahil.” (Surah al-A’raf, ayat 199)

Dalam satu lagi firman yang bermaksud: “Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang setimpal, tetapi barang siapa memaafkan dan berbuat baik (kepada orang yang berbuat jahat) maka pahalanya daripada Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang zalim.” (Surah asy-Syura, ayat 40)

Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa sifat pemaaf adalah iman yang paling utama sepertimana dijelaskan bermaksud: “Iman yang paling utama adalah sabar dan memaafkan.” (Hadis riwayat Bukhari).

Sifat pemaaf juga adalah salah satu ciri orang bertakwa dan akhlak yang disayangi Allah.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan bersegeralah kamu mencari ampunan daripada Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang bertakwa (yaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan.” (Surah Ali Imran, ayat 133-134)

BACA JUGA :   PERPUSTAKAAN YANG BOLEH DIKUNJUNGI DI RUSIA

Allah SWT akan memberikan pengampunan bagi mereka yang pemaaf.

Allah Maha Pengampun kepada hamba-Nya yang tidak jemu memohon keampunan atas segala dosa yang telah dilakukan, sama ada secara nyata mahupun tersembunyi. Firman Allah swt di dalam al-Quran: “Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Nisa’: 25).

Amalan memohon maaf harus dilakukan tidak kira bila, tempat atau dengan siapa. Semua manusia biasa tidak lari dari membuat kesilapan dan kesalahan maka janganlah malu atau segan untuk memohon maaf.

Allah SWT akan memberikan pengampunan bagi mereka yang pemaaf. Sesungguhnya Allah SWT yang memiliki sifat mulia, dan salah satu yang dimiliki Allah yaitu sifat Pemaaf. “Jika kamu menyatakan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.” (Surah An-Nisa’: 149).

Amalan memohon maaf harus dilakukan tidak kira bila, tempat atau dengan siapa.

Setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan, maka janganlah malu untuk memohon maaf.

Penulis ialah Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan Profesor di Jabatan Kimia, Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia

Boleh dapatkan artikel penuh di Sini

cc : Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin


Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here