Kelebihan Belajar Bahasa Arab Yang Perlu Kita Ketahui

0
3828

Bahasa Arab merupakan bahasa antarabangsa yang semakin terkenal dan dipelajari di serata dunia masa kini. Ia antara bahasa tertua di dunia daripada keluarga Semitik yang masih kekal digunakan hingga hari ini.

Kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersyukur , kerana negara kita telah diperkenalkan sejak awal lagi bermula dari tadika (PASTI) dan sekolah rendah (KAFA), (Jqaf). Meskipun ramai pelajar merungut tidak memahami subjek tersebut selain beralasan susah dan tidak minat, tetapi subjek ini selalu menjadi subjek pilihan di kalangan pelajar yang lain.  Jadi, tidak harianlah ramai pelajar cemerlang dalam subjek bahasa ini mendahului subjek-subjek yang lain.

Kuncinya mudah sahaja, minat! Jika minat kita tumpah pada sesuatu perkara, pasti kita akan bersungguh-sungguh menjalankannya. Oleh itu, mari kita ketahui kelebihan belajar bahasa Arab.

Kelebihan Belajar Bahasa Arab Yang Anda Perlu Tahu

Yang pertama sekali ialah dapat memahami Bahasa Arab. Dalam pelbagai Bahasa yang ada di dunia, Bahasa arab merupakan Bahasa yang istimewa kerana telah diturunkan oleh Allah s.w.t. Dalam Firman Allah bersabda

“Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya” (12:2).

 

Istimewa sungguhkan martabat bahasa Arab ini. Memang pada awalnya susah untuk mempelajari bahasa Arab, tetapi ia akan menjadi mudah bila kita bersungguh-sungguh ingin mendalami ilmu Al-Quran. Dengan kemahiran bahasa Arab yang anda miliki, mudah sekali anda memahami makna ayat-ayat Al Quran. Jika anda mampu membaca Al-Quran setiap hari, maka bahasa Arab tidak susah bagi anda.

Seterusnya, mempunyai kelebihan yang tersendiri. Bagi individu yang sering ditemuduga, anda boleh nyatakan kebolehan anda bertutur dalam bahasa Arab sebagai satu kelebihan. Ia boleh dijadikan sebagai satu nilai tambah di pihak anda berbanding calon-calon lain. Cuba bayangkan anda ditemuduga oleh sebuah syarikat gergasi oil & gas milik Arab Saudi. Dengan kelebihan bahasa Arab yang ada, jawatan tersebut mungkin menjadi milik anda. Tidak rugi bukan?

BACA JUGA :   5 Universiti di Bangladesh yang Ditawarkan Oleh Daulah Educonsult

Selain itu, memudahkan anda yang berminat untuk pergi melancong. Siapa yang tidak gemar melancong sambil membeli-belah? Lebih-lebih lagi dengan keluarga tersayang. Kebiasaannya para pelancong akan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara semasa membeli buah tangan untuk dibawa pulang. Namun jika tidak berhati-hati, anda boleh ditipu! Sesetengah peniaga mengambil kesempatan ke atas pelancong-pelancong asing. Oleh itu, perkara ini dapat anda elakkan apabila anda menguasai berbahasa Arab. Secara tidak langsung, risiko penipuan dah salah faham dapat dielakkan dari berlaku kerana anda boleh berkomunikasi dalam bahasa ibunda mereka. Malah mereka akan beri free gift kepada anda! Oleh itu anda tidak perlu risau jika melancong ke Jordan, Mesir, Kuwait, Qatar, Abu Dhabi dan sebaginya. Pengalaman peribadi penulis menunaikan umrah bersama keluarga, banyak urusan yang dapat diselesaikan dengan mudah dan lancar. Misalnya urusan proses visa, imegresen, kastam, menempah hotel, membeli barang keperluan, dan menunjuk arah.

Anda juga mudah melanjutkan pelajaran ke luar negara. Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke negara-negara Arab, inilah masanya. Kuasai sepenuhnya cabang-cabang ilmu dalam bahasa Arab.Jika menyambung pelajaran ke negara Arab, anda tidak semestinya harus memilih bahasa Arab. Di Jordan misalnya, anda boleh mengambil jurusan perubatan dan pergigian di sana. Di Mesir pula, anda berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang Tahfiz dan Qiraat.

Akhir sekali, dapat membuka ruang pekerjaan yang luas. Bahasa Arab merupakan nadi penghubung dalam kebanyakan hal lebih-lebih lagi apabila melibatkan urusan rasmi antara dua negara asing. Dengan kebolehan anda berbahasa Arab, anda akan diberi kepercayaan oleh bos anda untuk menguruskan banyak perkara yang berkaitan. Contoh mudah seperti petugas haji dan mutawif umrah selain boleh merebut peluang pekerjaan dengan memohon berbagai jawatan yang memerlukan bahasa Arab sebagai syarat utama. Jika bekerja di negara asing, anda boleh menetap di sana sehingga tamat berkhidmat. Peluang yang menarik bukan?

Tidak rugi anda mempelajari bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain. Selain dapat ilmu baru, anda juga boleh menilai keindahan bahasa serta mengetahui budaya yang dicerminkan dari bahasa tersebut. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Diharapkan semoga masyarakat Malaysia sama-sama memupuk minat untuk mendalami bahasa Al Quran ini.

BACA JUGA :   Belajar Sehingga ke Universiti Al-Azhar Menerusi Program Madrasah Daulah Tanpa SPM Dan STAM.

Setelah anda mengetahui kelebihan-kelebihan mempelajari Bahasa arab anda berminat untuk belajar tetapi tidak tahu dimana untuk mempelajarinya?

Jangan Khawatir!

Daulah Educonsult telah menawarkan kursus bahasa Arab yang menarik Kursus Bahasa Arab di Mesir & Jordan.

Anda berumur 12 tahun dan ke atas, mempunyai keazaman & seorang bersemangat yang mahu mendalami bahasa Al-Quran?

Bukan sahaja dapat memahami bahasa Al-Quran dengan lebih mendalam malah dapat menambahkan koleksi Bahasa, ilmu pengetahuan dan yang paling penting dapat membuka peluang pekerjaan yang lebih  luas.

Dan anda juga akan mengikuti kursus Bahasa ini di luar negara iaitu di Institut Bahasa Markaz Nile, Mesir atau Ewan Institute, Jordan bukan di dalam Negara.

Apa yang lebih menarik?

Pihak Daulah akan membantu anda dalam memberikan penjelasan lebih lanjut mengenai proses pembelajaran, proses pendaftaran ke tempat pengajian, proses permohonan visa, penginapan,dan juga menguruskan tiket penerbangan sehala anda.

Anda berminat??

Jom daftar sekarang untuk mengikuti program KURSUS BAHASA ARAB DI MESIR atau DI JORDAN SESI 2019.

Tempat adalah terhad!

BERMINAT?

Kepada mereka yang berminat bolehlah mendaftar di link pra pendaftaran yang dibawah ini

� Mesir : https://bit.ly/2JNicfK
�Jordan : https://bit.ly/2YZgyv2

Bagi yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh hubungi talian hotline kami:

Atau anda boleh layari kami di platform berikut:

Atau anda boleh hadir ke pejabat kami yang beralamat di No. 1-19 Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100, Kuala Lumpur.

Ayuh pelajari bahasa arab di bumi anbiya! Bittaufiq Wannaajah �

Boleh dapatkan artikel penuh di SINI

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here