Ingat tak masa zaman rendah sekolah dulu kita hafal nama-nama planet dalam sistem suria kita? Masuk sekolah menengah, kita mempelajari dengan lebih mendalam mengenai setiap planet.

Macam-macam kita belajar, teori, jisim, jarak dengan matahari, saiz dan sebagainya untuk subjek sains. Yang mana yang ambil jurusan astronomi atau ilmu falak, pasti anda akan lebih mempelajari lebih lagi mengenai planet-planet yang ada di orbit.

Tapi, adakah anda tahu atau mengkaji asal usul nama-nama planet dalam sistem suria kita? Apakah maksud di sebalik nama-nama yang diberikan?

Nama-nama planet dalam bahasa Inggeris, Mercury, Venus, Earth, Mars, Jupiter, Saturn, Uranus dan Neptune ini sebenarnya berasal dari nama dewa-dewa Yunani-Rome. Nama-nama dewa tersebut diberikan kepada planet-planet berdasarkan ciri-ciri istimewa yang diperhatikan oleh pengkaji bintang.

Namun, setelah empayar Rome jatuh, jawatan guru astronomi dunia beralih kepada tamadun Islam. Orang Islam terdahulu amat menyukai dengan ilmu falak kerana ia merupakan satu tuntutan agama.

Orang Islam memahiri dan mengembangkan ilmu falak untuk membantu mereka mencari dan menentukan arah kiblat serta mendalami ilmu matematik dan sains.

Kemudian, lahirlah tokoh-tokoh hebat ilmu falak dalam sejarah seperti Al-Bhiruni, Al-Sufi, dah Al-Khawarizmi dan ramai lagi tokoh Islam ilmu falak.

BACA JUGA :   Sambung Pengajian Bidang Perubatan Di Universitas Sumatera Utara Sesi September 2021.

Pada zaman ini juga, terhasil dan terciptanya binaan-binaan hebat astronomi seperti astrolabe dan balai cerap.

Menurut sebuah muzium metropolitan di New York, Barat sangat terhutang budi kepada orang Islam yang telah mendatangkan banyak data dan pengiraan baru ilmu astronomi.

Maka, setelah penguasaan ilmu astronomi telah beralih kepada orang Islam, mereka telah mengubah nama-nama planet dewa Greek-Rome tersebut agar tidak bercanggah dengan akidah ajaran Islam mereka.

  • Mercury – Utarid

Nama planet Mercury diubah kepada Utarid yang turut digunakan dalam bahasa Turki.

  • Venus – Zuhrah

Venus ditukar namanya kepada Zuhal yang bermaksud sinar terang.

  • Mars – Marikh
  • Jupiter – Musytari

Musytari membawa maksud pembeli.

  • Saturn – Zuhal

Zuhal pula bermaksud merangkak atau bergerak perlahan.

Walau bagaimanapun, nama planet Uranus dan Neptune sama dalam bahasa Inggeris dan Arab.

Uranus adalah nama dewa langit, manakala Neptune merupakan nama dewa langit. Dua nama ini tidak ditukar berikutan kemerosotan tamadun Islam serta kebangkitan tamadun Barat yang menjumpai planet Uranus pada tahun 1690, manakala Neptune pada tahun 1846.

BACA JUGA :   Permohonan Kemasukan Ke Universiti Al-Azhar Bagi Lepasan SPM Dan STAM Tahun 2022

Mereka mengambil keputusan untuk mengekalkan tradisi menamakan nama-nama planet dengan nama-nama dewa Greek-Roman, termasuk Pluto, iaitu dewa bawah tanah.

Jadi, dengan penciptaan teleskop oleh tamadun Barat dan dibantu oleh data-data astronomi yang diterjemah, mereka kemudiannya membuat penemuan yang ditinggalkan.

Pada ketika itu, orang Islam tidak lagi mencintai ilmu astronomi seperti sebelumnya. Mereka hanya menjadi anak murid, dan bukannya guru.

Kehebatan ilmu astronomi umat Islam tidak mati begitu sahaja. Ada usaha-usaha yang dilakukan seperti untuk memberikan nama Arab pada penamaan perkataan astronomi bahasa Latin.

Usaha-usaha ini perlulah disokong oleh kita semua agar kita tidak merasakan ilmu astronomi ini ilmu yang asing bagi kita.


Bagi yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh hubungi talian hotline kami:

Atau anda boleh layari kami di platform berikut:

Atau anda boleh hadir ke pejabat kami yang beralamat di No. 1-19 Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100, Kuala Lumpur.

“Ayuh Realisasikan Impian Anda Bersama Daulah Educonsult”

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here