Ciri khas masakan Mesir adalah masakan yang mengandungi banyak rempah. Makanan yang sedap dapat menarik minat pelancong untuk mengunjungi sesebuah negara itu. Jom kita lihat makanan-makanan di Mesir.

  1. Kushari

Masakan ini merupakan hidangan tradisional Mesir. Kushari merupakan campuran beras, spaghetti, macaroni, bihun, sos tomato, bawang goreng, bawang putih dan kacang. Walaupun kedengaran pelik bagi sesetengah masyarakat, namun hidangan ini mempunyai rasa yang tersendiri dan sangat lazat. Kushari mudah untuk dicari jika anda jalan-jalan di Mesir dan kerap dijadikan makanan tengahari kerana sangat mengenyangkan.

2. Ta’meya

Ta’meya merupakan makanan kegemaran penduduk di Mesir dan diperbuat daripada kacang goreng. Makanan ini dihidangkan dengan salad dan roti Mesir sebagai menu sarapan pagi. Rasanya yang lazat dan boleh mengenyangkan bagi anda yang sedang lapar. Hidangan ini juga sesuai untuk vegetarian.

3. Hawashy

Hawashy adalah sejenis roti bakar yang dibuat dari adunan roti rata dan dipenuhi dengan daging cincang yang akan dipanaskan sehingga permukaan menjadi warna coklat keemasan. Teksturnya yang unik membuatkan ramai tertarik. Selain diisi dengan daging, hawashy juga boleh diisi dengan sosej, ayam ataupun sayuran.

BACA JUGA :   Sesi Kemasukan September di Universiti Terbaik

4. Roti Isyh

Roti Isyh berbentuk bulat dan dibuat daripada gandum. Rasanya sama seperti roti tawar tetapi memiliki lebih banyak serat. Roti ini sedap dimakan apabila masih panas. Cara membuat roti ini sungguh cepat dan mudah. Masyarakat Mesir lebih menyukai roti ini berbanding nasi walaupun nasi di Mesir mudah dijumpai. Harga roti ini juga sangat berpatutan.

5. Ful Medames

Ful Medames merupakan makanan umum untuk masyarakat Mesir. Hidangan ini terdiri daripada kacang parang yang dimasak dengan minyak sayuran, jintan, bawang putih, jus lemon, lada cili dan ramuan rempah. Ful Medames boleh disediakan dengan pelbagai cara seperti dengan mentega, minyak pedas, minyak zaitun, sos tomato, lada, sosej dan telur rebus atau goreng.

BACA JUGA :   Tempah Seat Anda Sekarang Di Universitas Sumatera Utara, Indonesia (September 2022)

DAULAH EDUCONSULT MEMBUKA PELUANG MENYAMBUNG PENGAJIAN KE LUAR NEGARA

 

Apa itu Daulah Educonsult?

Daulah Educonsult merupakan sebuah agensi yang mengurus dan menghantar pelajar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Andakah ada berkeinginan untuk sambung belajar ke luar negara? Daulah Educonsult ada cara mudah untuk merealisasikan impian anda!.

BERMINAT?

Kepada mereka yang berminat bolehlah mendaftar di link pra pendaftaran yang dibawah ini

Bagi yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh hubungi talian hotline kami:

Atau anda boleh layari kami di platform berikut:

Atau anda boleh hadir ke pejabat kami yang beralamat di No. 1-19 Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100, Kuala Lumpur.

“Ayuh Realisasikan Impian Anda Bersama Daulah Educonsult”

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here