Ramai daripada kita yang tidak tahu mengenai peluang menyambung pengajian ke Al-Azhar tanpa mengunakan sijil SPM/STAM.

Al-Azhar merupakan universiti yang tertua di dunia. Banyak peluang yang dibuka dari setahun ke setahun kepada pelajar yang mempunyai impian untuk belajar ke universiti mereka.

Kebanyakan pelajar tahfiz atau madrasah tidak mempunyai sijil SPM/STAM dan rata-rata dari mereka tidak mengetahui mengenai peluang ini.

Bagaimana cara kemasukan? Sebelum mengetahui cara kemasukan, anda perlu lebih jelas mengenai peluang yang dibuka ini.

Kemasukan ke Universiti Al-Azhar adalah melalui Maahad Buuth (sekolah menengah Al-Azhar). Maknanya pelajar perlu menempatkan diri di Maahad Buuth terlebih dahulu sebelum ke Al-Azhar.

Tetapi pelajar perlu tahu bahawa untuk kemasukan ke Maahad Buuth juga perlu melalui ujian kemasukan (imtihan Qabul). Jadi bagi meluluskan ujian tersebut pelajar perlu membuat persediaan.

Jadi ayuh ketahui apa itu Maahad Buuth?

Maahad Buuth adalah sebuah sekolah pengajian ilmu bertaraf antarabangsa yang dikelolakan oleh Dewan Senat, Universiti Al-Azhar.

Sekolah ini bersifat “Sekolah Kebajikan” dengan erti pelajar hanya perlu menanggung  kos sara hidup dan keperluan pelajar yang lain.

Manakala yuran lain dan gaji guru dan sekolah ditanggung sepenuhnya oleh Bahagian Kebajikan, Universiti Al-Azhar.

Ma’ahad Buuth Islamiyyah Al-Azhar ini terletak di Abbasiyyah, Kaherah, Mesir. Lokasinya lebih kurang 5 minit dari Universiti dan Masjid Al-Azhar (jika menaiki kenderaan).

Selain itu, maahad juga berdekatan dengan Dewan Malaysia Abbasiyyah Kaherah (DMAK) ataupun dikenali sebagai ARMA yang diurus sepenuhnya oleh pihak Kedutaan Malaysia.

Peringkat Pengajian 

Sekolah ini membahagikan pelajarnya kepada 2 Bahagian. Iaitu 3 Tahun di `Idadi (Peringkat Rendah) dan 3 Tahun di Thanawi (Peringkat Menengah).

Bagaimanapun, pelajar boleh mengambil peperiksaan Tahdid Mustawa yang membuka peluang pelajar menyingkatkan pengajian. Di Malaysia, kita sebut dengan istilah, ‘Lompat Kelas’.

#Sambung Pengajian 

Selepas tamat di Buuth Al-Azhar, pelajar boleh memohon untuk masuk ke mana-mana institusi pengajian tinggi di Mesir ataupun luar Mesir seperti Universiti Ummul Qura, Arab Saudi. Sijil sekolah ini bertaraf antarabangsa.

Kebiasaannya, pelajar menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar. Mereka mudah masuk kerana tidak perlu lagi mengikuti peperiksaan Imtihan Qabul.

Kebiasaan pelajar akan berurusan dengan agen Daulah Educonsult untuk permohonan kemasukan ke Maahad Buuth. Anda boleh buat semakan di laman web www.daulahmedic.com atau www.madrasahdaulah.com

#Matapelajaran :

Antara matapelajaran yang diajar di Buuth ialah; Fiqh, Tauhid, Hadis, Khat, Nahu, Sorof, Insya’, Tauhid, Sirah, Imla’, Tajwid, al Quran, Sains, Komputer, Matematik, Geografi, Sejarah, Bahasa Inggeris / Bahasa Perancis.

#Syarat-syarat kelayakan?

  1. Berumur 14 hingga 21 tahun
  2. Bersungguh dan berkeyakinan untuk belajar
  3. Mampu mengikut peraturan dan syarat yang ditetapkan

Syarat-syaratnya mudah sahaja tidak rumit dan tidak terlalu ketat. Inginkan maklumat lanjut ? Boleh layari laman web www.madrasahdaulah atau anda juga boleh menghubungi konsultan mereka di talian (013-2853903CIK NABILA), bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Baru. Kemasukan terhad kepada 7 orang pelajar lelaki dan 3 orang pelajar perempuan.

Sumber : https://daulahmedic.com/

Facebook Comments

2 COMMENTS

    • Waalaikumusalam Tuan, untuk maklumat lanjut boleh hubungi konsultan Daulah Educonsult di talian 0142892102 (konsultan afiqa)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here