Prototaip Kereta Terbang Malaysia Pertama!

0
2039

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Md Yusof menjelaskan kereta terbang pertama Malaysia akan dipacu oleh teknologi tempatan.

Beliau berkata prototaip kereta itu sudah ada dan dijangka diperkenalkan kepada awam tahun ini.

Meskipun beliau menerima pelbagai kritikan susulan kenyataannya sebelum ini mengenai kereta terbang, Mohd Redzuan berkata perkara itu bakal terlaksana tidak lama lagi.

Menurut beliau, rakyat akan melihat dia menaiki kereta terbang pada tahun ini. Katanya juga, tahun ini merupakan tahun yang sesuai.

Walau bagaimanapun, jangkaan masa mengenainya tertakluk kepada interaksi antara dua pihak iaitu penyedia teknologi dan juga penaja.

“Ia bergantung kepada pihak berkenaan sama ada mereka boleh mengemukakan saranan mereka mengenai teknologi berkenaan dengan kadar segera.”

BACA JUGA :   Pengoperasian Hospital Awam Dan Swasta Secara Hybrid.

Apa yang pentingnya, kementerian mahu membuka mata semua pihak bahawa kereta terbang ini boleh dilaksanakan. Malah, ada beberapa kementerian lain memberikan maklum balas kepada beliau untuk menggunakan pesawat tanpa pemandu (UAV) di kawasan pedalaman.

Mohd Redzuan berkata pelancaran kereta terbang itu juga tertakluk kepada undang-undang keselamatan penerbangan.

“Kereta terbang itu perlu memenuhi beberapa spesifikasi termasuklah terbang pada altitud yang rendah, mempunyai kelajuan yang munasabah serta selamat.

“Prototaip kereta terbang itu sudah ada dan sebenarnya syarikat tempatan mempunyai kemahiran yang cukup untuk membangunkan kereta terbang,” katanya.

Beliau berkata, kereta terbang itu mungkin menggunakan teknologi tempatan dan mempunyai kapasiti untuk dua penumpang.

BACA JUGA :   Mode Gelap Untuk Whatsapp #DarkMode

Ia dijangka menelan kos pelaburan sekitar RM1 juta.

Menerusi laporan berita sebelum ini, Jepun dijangka melancarkan kereta terbang pertamanya pada 2025.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here