Sudahkah anda mengetahui bahawa pihak Daulah Educonsult ada menawarkan kursus bahasa arab di Mesir dan Jordan kepada anda diluar sana yang bermula dari umur 12 tahun  dan ke atas, terbuka kepada LELAKI & PEREMPUAN.  Bukan itu sahaja, golongan pencen juga amat digalakkan untuk mengikuti Kursus Bahasa Arab ini, kerana banyak manfaat jika anda berjaya mengisi masa lapang anda dengan menimba ilmu atau mempelajari ilmu baharu.

Jom kita ketahui kelebihan kursus bahasa arab di Mesir dan Jordan

Kursus Bahasa Arab & Sanad Tahsinul Quran (MESIR)

Mesir menjadi pilihan ramai kerana ia merupakan tempat terbaik untuk menuntut ilmu agama selain daripada statusnya sebagai negara yang diiktiraf dalam ilmu agamanya. Justeru itu, Daulah Educonsult membuka peluang untuk semua orang yang ingin menuntut ilmu bahasa Arab di sana.

Tempoh pembelajaran Kursus Bahasa Arab di Mesir minimum selama 2 bulan. Jika berminat untuk menyambung pengajian lebih dari 2 bulan juga digalakkan, tempat pengajian juga dikenali sebagai Markaz Nile (Pusat Bahasa).

Latar belakang Mesir yang mempunyai ketamadunan yang tinggi dan paling penting lulusan dari Mesir diiktiraf di seluruh dunia bukan sahaja dalam sektor kerajaan tetapi juga swasta. Telah terbukti ramai di kalangan ulama mendapat Pendidikan awal di Mesir serta skil komunikasi bahasa dan tahap penguasaan akan bertambah cekap apabila kita bergaul dengan penduduk Arab Mesir di sana.

 Kursus Bahasa Arab di (JORDAN)

Selain di mesir, Pihak Daulah juga menawarkan Kursus Bahasa Arab di Jordan ia juga lebih kurang sama dengan tawaran di Mesir dari segi Syarat, struktur  pengajian dan sebagainya. Inisiatif  ini kami buat untuk membantu mereka yang berminat untuk menguasai dan memantapkan bahasa arab.

Tempoh pembelajaran boleh pilih antara 1 bulan, 2 bulan, 4 bulan atau  lebih.

Rebut peluang ini dengan mengisi masa lapang anda dengan mengikuti kursus bahasa arab di Mesir atau Jordan kerana pengalamannya tidak sama berbanding di Malaysia.

Daulah Educonsult antara pihak pengurusan yang menguruskan kemasukan pelajar-pelajar dalam pelbagai bidang antaranya Perubatan, Pergigian, Farmasi, Veterinar, Kejuruteraan, Pengajian Islam dan lain-lain bidang lagi di pelbagai negara. Pengalaman mengurus pelajar dari tahun 2008 sehingga kini memberikan impak dan banyak pengalaman kepada pihak Daulah. Pengurusan yang sistematik, teratur dan pelajar dianggap seperti keluarga antara kelebihan Daulah Educonsult.

Maklumat lanjut tentang pengjian di luar negara boleh layari www.daulahmedic.com atau boleh terus hubungi konsultan Puan Janna di nombor 0196403977

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here