Rentetan situasi jerebu melampau telah menyebabkan adegan tuding-menuding di antara Indonesia dan Malaysia. Indonesia telah menamakan syarikat Malaysia seperti Ion Sime Darby Bhd, TDM Bhd dan Kuala Lumpur Kepong Bhd kerana menjadi punca kebakaran hutan di negaranya sebagai punca jerebu ini berlaku begitu juga sebaliknya.
Tidak hanya entiti Malaysia dan Indonesia menjadi tegang disebabkan situasi ini,jerebu turut menyebabkan negara rantau sekeliling yang terjejas seperti Singapura,Brunei dan selatan Thailand naik angin dan meluahkan rasa kesal mereka.
PERLU REFLEKSI
Sepatutnya, dalam tidak mengira mana-mana pihak, jerebu yang buruk ini perlu memberi iktibar kepada syarikat yang melakukan pembalakan atau pembakaran hutan atas dasar keuntungan. Selain itu perbuatan yang didasari aktiviti perniagaan perlu dihadkan dan tidak mengabaikan faktor sekeliling yang boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan penduduk.
Tambahan lagi jika jerebu kesan daripada pembakaran hutan ini menyebabkan pencemaran udara,yang sensitif bagi bayi dan kanak-kanak.
MASIH BERBAHAYA
Setakat hari ini beberapa kawasan di Sarikei Samarahan dan Kuching mencatatatkan penurunan dalam bacaan IPU iaitu 221, 216 dan 243. Manakala setakat jam 12 tengah hari tadi, bacaan IPU di Sri Aman Sarawak mencecah 415 menyebabkan kualiti udara dikawasan tersebut dikategorikan sebagai berbahaya.
Bagaimanapun Katua Pengarah Met Meterologi Malaysia menyimpulkan, jerebu dijangka berkurangan awal minggu depan kerana pada minggu ni akan berlaku pertukaran angin dari barat daya ke Timur. Pertukaran arah angin ini akan membawa asab jerebu keluar dai Malaysia dan menuju ke Sumatera Indonesia.
Kata Pengarah Met Meterologi Malaysia lagi, jerebu akan berkurangan berdasarkan data yang dikumpul namun tidak menjanjikan masalah jerebu ini akan pulih sepenuhnya.
PEMBAKARAN HUTAN PERLU DIPANDANG SERIUS
Pencerobohan dan pembakaran hutan haram turut memberi kesan di seluruh dunia dan tidak boleh dipandang ringan kerana selain jerebu, turut menjejaskan sistem ekologi.
Beberapa bulan lepas, hutan hujan Amazon mengalami ratusan kebakaran. Selain itu, dilaporkan sistem ekologi hutan kering di Chiquitano Bolivia musnah didorong hutan kering Chiguitano mengalami kebakaran sehingga 800,000 hektar. Kronologi ini amat merisaukan kerana ekosistem dunia akan terjejas dan menutup peluang bagi generasi akan datang menikmati keindahan alam selain masa depan mereka dalam hal-hal kesihatan turut dikhuatiri terancam dan terjejas.
JOM SAMBUNG BELAJAR DI DI RUSIA! Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)
Konsultan Pendidikan : 0193350916(Cik Ummu)