Maahad Buuth Al-Azhar adalah sekolah antarabangsa di bawah pentadbiran institusi ilmu Al-Azhar Asy-Syariff, yang menawarkan tempat kepada sesiapa yang berminat bagi mendalami ilmu-ilmu agama dan memasuki Universiti Al-Azhar Asy-Syariff, walaupun tidak mempunyai apa-apa sijil kelayakan akademik (seperti PT3, SPM, STAM dll).

Seawal usia 14 tahun, anda sudah boleh mendaftar ke maahad tersebut dan mula belajar disana.

Sekolah ini dikenali “Sekolah Kebajikan” dengan maksud pelajar hanya perlu membeli buku sekolah sahaja. Manakala yuran-yuran lain dan gaji guru ditanggung oleh Institusi Al-Azhar.

Lokasi

Maahad Buuth Al-Azhar terletak tidak jauh daripada Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK), yang merupakan pejabat Education Malaysia Egypt (EME) dan penempatan bagi sebahagian mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di Mesir.

Lokasi tersebut berdekatan dengan Masjid Al-Azhar. Universiti Al-Azhar juga  terletak 3-5 minit dari maahad buuth.

Mata Pelajaran

Sekolah ini membahagikan pelajarnya kepada 2 Bahagian. Iaitu 3 Tahun di `Idadi (Peringkat Rendah) dan 3 Tahun di Thanawi (Peringkat Menengah).

BACA JUGA :   UIN SUSKA Alternatif Lain Untuk Anda Sambung Pengajian Dalam Bidang Pengajian Islam

Bagaimanapun, pelajar boleh mengambil peperiksaan Tahdid Mustawa yang membuka peluang pelajar menyingkatkan pengajian. Di Malaysia, kita sebut dengan istilah, ‘Lompat Kelas’.

Kebiasaannya, pelajar menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar. Mereka mudah masuk kerana tidak perlu lagi mengikuti peperiksaan Imtihan Qabul.

 

Antara matapelajaran yang diajar di Maahad Buuth ialah

Fiqh,Tauhid, Hadis, Nahu, Sorof, Tauhid, Sirah, Imla’, Tajwid, al Quran dan banyak lagi manakala terdapat juga subjek akademik yang dipelajari iaitu Sains, Komputer, Matematik, Geografi, Sejarah dan Bahasa Inggeris / Bahasa Perancis.

Waktu kelas

Kelas adalah dari jam 8 pagi sehingga jam 12 tengah hari. Dan sebanyak 5 kelas bagi setiap hari. Setiap tahap kelas, mempunyai subjek yang berbeza dan jadual akan diberikan dan seperti seperti sekolah biasa juga.

Selepas tamat di Buuth Al-Azhar, pelajar boleh memohon untuk masuk ke mana-mana institusi pengajian tinggi di Mesir ataupun luar Mesir seperti Universiti Ummul Qura, Arab Saudi.  Sijil sekolah ini bertaraf antarabangsa.

BACA JUGA :   Jom Daftar Program Madrasah Daulah Kemasukan Mei/April 2020

Kebiasaannya, pelajar menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar. Mereka mudah masuk kerana tidak perlu lagi mengikuti peperiksaan (Imtihan Qobul)

Pihak Daulah Educonsult Sdn. Bhd. membuka peluang kepada pelajar untuk menyertai Program Madrasah Daulah yang memberi peluang untuk kemasukan ke Maahad Buuth Islamiyyah. Bukan belajar di Malaysia tetapi di Kaherah, Mesir.

Ayuh apa tunggu lagi segera daftarkan diri anda bagi sesi kemasukan disember 2019, kemasukan terhad pada 5 hingga 8 orang. Kami sediakan membantu anda!

Rujukan penuh mengenai tawaran belajar ke luar negara boleh terus ke laman web daulahmedic.com. Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-

Customer service 1 :0189624322

Customer service 2 :0182429322

Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Konsultan Pendidikan : 0145334450/01126049599 (Cik Karmila)

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here