Kisah Cinderella sangat popular dan mempunyai pelbagai versi dari seluruh dunia. Plotnya berubah bergantung kepada asal usul dan budaya yang diamalkan pencerita. Misalnya di Mesir, kasut Cinderella bukan diperbuat daripada kaca tetapi sebaliknya dari kulit yang berwarna merah. Di Selatan India pula kenderaan yang dinaiki Cinderella bukannya daripada buah labu tetapi daripada buah sukun.

Namun Kisah Cinderella  versi adik berdik Grimms, Jacob dan Wilhem  di Jerman yang  diterbitkan pada tahun 1812 mungkin mengejutkan ramai  pihak yang sebelum ini hanya melihat kisah Cinderella yang telah diubahsuai supaya selamat ditonton kanak-kanak.

Dalam kisah dongeng  Grimm, Cinderella ialah heroin yang dipanggil sebagai Aschenputtel. Cinderella ini membuat permintaan bukan daripada tongkat sakti tetapi daripada pokok hazel yang tumbuh dari kubur ibunya, yang disirami dengan air mata. Selain itu, perbezaan lain  yang menakutkan ialah, apabila putera raja muncul membawakan kasut Aschenputtel sebgai lamaran, kakak tirinya tidak cuba memuatkan kaki dengan paksa tetapi menggunting ibu jari kaki.  Kisah Cinderella versi adik beradik Grimms juga berakhir dengan mata kakak-kakak tiri Cinderella dicungkil oleh burung.

DARI MISKIN MENJADI TERKENAL

Adik beradik Grimm menerbitkan antara koleksi cerita rakyat yang paling berpengaruh dan terkenal di dunia. Bagaimanapun pada awalnya Grimm menyusun pengumpulan itu sebagai antologi akademik untuk sarjana budaya Jerman, bukan sebagai koleksi untuk pembaca Jerman.  Seperti kisah Cinderella yang dikumpulkan mereka, kisah adik beradik Grimm juga daripada miskin menjadi kaya.

Punca kepada pengumpulan karya oleh  Jacob dan Wilhem Grimm didorong oleh semangat Nasionalisme untuk memulihara   warisan tanah air mereka. Mereka terinspirasi dengan pengarang dan ahli falsafah Jerman yang percaya bentuk budaya paling murni akan mengikat masyarakat melalui kisah yang dikongsi dari generasi ke generasi seterusnya.

Pada permulaannya,  adik-beradik GRIMM memasuki universiti untuk mengikuti jejak ayah mereka dalam bidang undang-undang dan perkhidmatan awam dengan membiayai pendidikan mereka sendiri.

Jacob dan Wilhem  kemudiannya berkenalan dengan Friedrich Karl Von Savigny,seorang profesor di Universiti Marbug yang mula menanamkan minat kepada sejarah dan kesusasteraan Jerman dalam diri dua adik beradik ini.Seterusnya melalui Savigny mereka berkenalan pula Clemens Brentano dan Achim Vorn Arnim, seorang ahli falsafah yang berperanan dalam usaha pemuliharan puisi rakyat. Daripada detik inilah, bermulanya kejaya Jacob yang bekerja sebagai pembantu Savigny bagi mengumpul dokumen mengena adat, undang-undang dan kesusasteraan Jerman.

Manakala, kawan Savigny, Arnim dan Brentano meminta adik beradik Grimm ini untuk mengumpulkan kisah-kisah dongeng lama yang juga menumpukan kaedah melalui tradisi lisan yang diperoleh daripada kawan dan kenalan. Salah seorang wanita yang ditemubual untuk kisah dongeng ini akhirnya berkahwin dengan Wilhem.

HAPPY ENDING

Jacob dan Wilhem menghasilkan 54 kisah yang kemudiannya disarankan oleh Arnim untuk diterbitkan. Koleksi Grimm diterbitkan pada tahun 1812 bukanlah segera menghasilkan kejayaan, bagamainapun koleksi ini menjadi penanda aras yang tinggi bagi kesusasteraan Jerman sekaligus mengangkat nama GRIMM sebagai  sainstis filologi yang terulung pada zaman mereka. Selepas 40 tahun, tujuh edisi koleksi kisah dongeng diterbitkan dengan koleksi yang terakhir diterbitkan pada tahun 1957.

Artikel Terjemahan dari National Geographic/ segmen History Magazine- Brothers Grimm fairy tales were never meant for kids

(https://www.nationalgeographic.com/history/magazine/2019/09-10/brothers-grimm-fairy-tales/)

 

JOM SAMBUNG BELAJAR DI DI RUSIA!

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :- 
Customer service 1 :0189624322
 Customer service 2 :0182429322
 Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed) 
Konsultan Pendidikan : 0193350916(Cik Ummu)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here