Tawaran belajar bidang Ulum Islamiah di Universiti Al-Azhar

0
3440

Apa itu Ulum Islamiah?

Masih ramai yang tidak mengetahui kewujudan fakulti ini kerana mereka lebih biasa mendengar fakulti pengajian islam sahaja.

Fakulti Ulum Islamiah diwujudkan pada tahun 2008 hasil Perjanjian Persefahaman antara Kerajaan Malaysia dan Universiti Al-Azhar. Matlamat penubuhan fakulti ini adalah untuk melahirkan para graduan yang mampu menguasai segala cabang ilmu Islam merangkumi Syariah, Usuluddin, Bahasa Arab, Ekonomi Islam, Perbankan Islam dan sebagainya. Tempoh pengajian adalah selama lima (5) tahun. Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah wa Al-Arabiah daripada Universiti Al-Azhar.

Bangunan Kuliah

Bagi kuliah ulum Islamiah, dewan kuliahnya adalah di dalam Masjid Az-Zahraa, yang terdapat banyak kelas di dalamnya. Selain itu, ia adalah sebuah Masjid yang besar dengan reka bentuk yang sangat menakjubkan. Suasana belajar di dalam Masjid yang tenang menyebabkan jiwa kita terisi. Ini merupakan satu kelebihan bagi pelajar-pelajar kuliah Ulum Islamiah.

Dari segi bilangan pelajar pula, ia terhad dalam satu kelas, kurang daripada 30 orang, dan diasingkan antara ikhwah dan akhowat. Tambahan pula, pensyarah-pensyarahnya terdiri daripada syeikh dan professor yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Mereka yang terpilih adalah dalam kalangan pensyarah yang terbaik yang ada di Universiti Al-Azhar Asy-Syarif ini.

Syarat Kelayakan

Calon pelajar perlulah mendapat sekurang-kurangnya gred “B” bagi setiap mata pelajaran berikut di dalam sijil SPM:-

  • Bahasa Arab
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Pendidikan Qur’an & Sunnah
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik

Bagi permohonan ke fakulti ulum islamiah dan Universiti Al-Azhar, anda disyaratkan tidak memiliki apa apa subjek yang mendapat gred G (gagal) dalam SPM walaupun ia bukannya subjek wajib bagi permohonan ke bidang tersebut. (peraturan dari Universiti Al-Azhar).

Bagi pemohon universiti Al-Azhar dalam bidang Ulum Islamiah, sijil SPM anda tidak boleh lewat dari 3 tahun dari tahun semasa permohonan. Contohnya memohon untuk kemasukan sesi 2020, maka SPM terakhir adalah 2017 sahaja . SPM tahun 2016 tidak diterima oleh pihak Universiti.

KHAS untuk pelajar SPM 2019, kini anda boleh memohon dengan menggunakan trial SPM terlebih dahulu.

BERMINAT?

Kepada mereka yang berminat boleh mendaftar di link yang dibawah ini:

Pihak DAULAH EDUCONSULT boleh membantu anda jika anda memerlukan bantuan penerangan lanjut dan kaunseling pendidikan. Kami juga bersedia membantu anda menguruskan semua dokumen permohonan. Apabila diterima, kami akan uruskan penerbangan, penginapan dan pendaftaran anda. MUDAH kan ?

 

Bagi yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh hubungi talian hotline kami:

Atau anda boleh layari kami di platform berikut:

Atau anda boleh hadir ke pejabat kami yang beralamat di No. 1-19 Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100, Kuala Lumpur.

“Ayuh Realisasikan Impian Anda Bersama Daulah Educonsult”

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here