Jenama apa? Kereta apa? Spefikasi apa? Harga berapa? Semua persoalan ini akan menjadi pertanyaan bagi setiap individu yang ingin memiliki kereta. Lain manusia , lain kehendak dan citarasanya dalam membeli kereta.

Ada yang membeli kereta hanya kerana kegunaan harian, ada yang membeli kereta untuk koleksi, ada juga yang membeli kereta kerana mengikut trend. Terletak bagaimana tahap kewangan individu tersebut.

Di Malaysia, kebanyakan dari rakyatnya cenderung untuk memilih dan membeli kereta dengan harga mampu milik dan kos bahan api yang rendah. Buktinya, anda boleh lihat sendiri di jalan kereta-kereta yang bernilai kurang dari RM100k lebih banyak berbanding kereta berharga atas seratus ribu.

Berikut, deenamik kongsikan 10 jenama kereta yang paling laris di Malaysia.

Nota: Jumlah unit jualan adalah sehingga April 2019.

Dengan jualan sebanyak 2,544 unit, jenama Ford berada di tangga ke-10 kereta pilihan rakyat Malaysia. Antara faktor yang menjadikan pengedar rasmi jenama dari negara Amerika Syarikat adalah tarikan dari rekabentuk yang sangat menarik dan juga harga yang tak terlalu mahal.

Model-model Ford yang popular di Malaysia termasuklah Fiesta, Focus, Eco Sport dan juga Ranger. Antara kesemua ini yang mencatat paling ramai dimiliki rakyat Malaysia adalah Ford Fiesta hatchback bermula dengan harga RM88,769.74 tanpa insurans.

 

1. Mitsubishi 

Dengan bilangan kereta yang terjual sehingga April 2019, adalah sebanyak 3,693 unit membuatkan jenama kereta yang tidak asing ini lagi menempatkan di no 9 carta paling diminati rakyat Malaysia. Antara model-model yang laris dijual di Malaysia adalah ASX, Outlander, Triton 4×4, Triton 4×2.

Bagi model ASX yang bermula dengan harga RM133,336 juga mendapat sambutan jualan yang agak memberansangkan pada tahun 2018. Pada tahun 2018 dan 2019 berturut-turut, syarikat Mitsubishi di Malaysia telah memenangi markah tertinggi di dalam J.D Power Award kerana servis selepas jualan yang terbaik diberikan oleh syarikat ini kepada pengguna mereka.

 

2. BMW

Jenama kereta yang tidak asing lagi bukan sahaja di Malaysia, bahkan juga di seluruh dunia, BMW mencatat rekod berada di no 8 jenama paling diminati rakyat Malaysia. Di Malaysia, kereta jenama BMW ini dikenali sebagai jenama kereta high-end yang mana harga model kereta jenama ini bermula RM190k sehingga RM1.5 juta.

Kebanyakan kereta BMW berharga RM300k sehingga RM500k secara purata. Antara sebab kereta berkelas tinggi ini menjadi pilihan hati rakyat Malaysia adalah kerana jenama yang gah dan juga spesifikasi keselamatan yang diketengahkan.

 

3. Mercedes

Mercedes, jenama yang diungguli berasal dari Jerman ini dimiliki oleh Daimler AG, dan merupakan jenama yang digunakan bagi penggemar kereta mewah. Ibu pejabat Mercedes-Benz terletak di Stuttgart, Baden-Wurttemberg, Jerman.

Sejarah Daimler-Benz bermula seawal 1880-an. Selain kereta, Mercedes juga mengeluarkan lori, bas dan enjin. Dengan jualan sebanyak 4,973 unit membuktikan jenama ini masih digemari rakyat Malaysia.

 

4. Mazda 

Jenama Mazda berasal dari negara Jepun, ditubuhkan pada 30 Januari 1920 (hampir 100 tahun yang lalu) dan pengasasnya adalah Jujiro Matsuda. Nama yang diberikan oleh orang Jepun adalah Matsuda Kabushiki-Gaisha dan dikenali juga sebagai Mazda.

Model Mazda 2 adalah model paling murah dijual bermula dengan harga RM76,000. Selain itu, Mazda 3, Mazda 6, Mazda CX-3, Mazda CX-5, Mazda CX-8, Mazda CX-9, Mazda BT-50 dan Mazda MX-5.

Daulah Educonsult antara pihak pengurusan yang menguruskan kemasukan pelajar-pelajar dalam pelbagai bidang antaranya Perubatan, Pergigian, Farmasi, Veterinar, Kejuruteraan, Pengajian Islam dan lain-lain bidang lagi di pelbagai negara. Pengalaman mengurus pelajar dari tahun 2008 sehingga kini memberikan impak dan banyak pengalaman kepada pihak Daulah. Pengurusan yang sistematik, teratur dan pelajar dianggap seperti keluarga antara kelebihan Daulah Educonsult.

Maklumat lanjut tentang pengjian di luar negara boleh layari www.daulahmedic.com atau boleh terus hubungi konsultan Puan Janna di nombor 0196403977

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here