Mesir dikenali sebagai bumi ilmu bagi semua pelajar di dunia yang ingin menimba ilmu keislaman. Ia juga menjadi tumpuan pelancongan yang terkenal kerana banyak meninggalkan sejarah dan peradaban yang sangat berharga. Sebagai contoh, monumen-monumen dan kesan-kesan sejarah peninggalan peradaban Firaun, Romawi, dan peradaban Islam.

Berikut merupakan lokasi-lokasi bersejarah di Mesir yang ingin Deenamik kongsi bersama.

  1. Semenanjung Sinai

Tarikan yang menarik di Semenanjung Sinai adalah Bukit Thursina, Telaga Nabi Musa dan Nabi Ayyub dan banyak lagi. Semenanjung Sinai adalah satu lokasi berbentuk segitiga yang terletak di antara laut Mediterranean dan Laut Merah. Berkenaan Bukit Thursina atau Jabal Musa, bukit ini berketinggian 2285 meter dan menyimpan 3 sejarah agama iaitu Islam, Yahudi dan Kristian.

2. Piramid Giza

Terdapat tiga Piramid yang terkenal di Giza iaitu Piramid Cheops, Chepren dan Mycerinos. Piramid ini terbina pada 2630 SM oleh pemerintah Raja Cheops. Menurut cerita penduduk Mesir, piramid ini dibina oleh hamba-hamba abdi istana bagi menyimpan mayat mayat dan harta karun Firaun. Antara tarikan melihat piramid atau makan firaun ini adalah jika diteliti piramid ini menceritakan tentang betapa buruknya azab yang ditimpakan Allah kepada kaum Firaun yang mengaku tuhan dan pembesarnya yang merangka pembinaan piramid iaitu Imhotep dan Haman.

3. Matrouh Siwa

Marsa Matrouh adalah sebuah ibu kota yang terletak di kawasan pantai Mediteranean menuju ke barat Mesir. Manakala Siwa pula adalah kota yang bersempadan dengan Libya dan berdekatan dengan Matrouh. Di sini terdapat Pantai Agiba yang terkenal dengan pantai tujuh lapisan warna. Sesiapa yang melihat keindahannya pasti berasa takjub akan alam yang diciptakan Allah SWT.

Jika anda berminat untuk menyambung pelajaran ke Universiti di Mesir, jangan tunggu lagi. Hubungi/whatsapp konsultan kami untuk dapatkan konsultasi secara percuma.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk 
info pantas atau boleh ke talian :- 

Konsultan Pendidikan : 0196403977 (Pn Janna)
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed) 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here