Mempunyai impian untuk belajar di bandar Kursk? Mestilah anda perlu tahu dulu apa yang ada di bandar Kursk ini. Terutamanya Universiti apa yang ada disana, mengenai makanan halal, masjid bagi orang muslim menunaikan solat dan lokasi menarik untuk dilawati apabila menjadi salah seorang pelajar di bandar ini.

#UNIVERSITI TOP

Kursk State Medical University

Kursk State Medical University dibuka pada tahun 1935. Ia kini merupakan universiti perubatan. Kursk State Medical University menduduki ranking sebagaisalah satu daripada 10 Universiti Perubatan Rusia terbaik.

Di antara pencapaiannya yang banyak, KSMU adalah Universiti pertama di Rusia untuk menawarkan pelajar program latihan Perubatan dalam bahasa Inggeris.

Pada tahun 2013, seramai 8,036 pelajar dilatih di universiti. 5,498 daripadanya mendapat pendidikan tinggi mereka; 791 mendapatkan pendidikan vokasional menengah; 1,122 adalah pelatih dan pelajar siswazah; 762 adalah pekerja penjagaan kesihatan yang mendapat pendidikan pascasiswazah tambahan.

#PUSAT BELI BELAH

Evropa Kursk

Sumber : Google

Pusat beli-belah Evropa (Eropah) adalah pusat membeli-belah dan hiburan terbesar Kursk. Kira-kira 200 operator runcit antarabangsa dan persekutuan, taman hiburan dengan gelanggang ais, teater filem 8-skrin, termasuk IMAX, akan berfungsi di pusat membeli-belah.

Metro

Sumber : Google

Pusat beli barangan basah yang harganya berpatutan untuk pelajar-pelajar yang belajar disana bagi membeli barang-barang keperluan harian. Begitu juga, disini sudah mula ada pembahagian bagi makanan halal dan non halal. Ini lebih mudah untuk pelajar muslim disana untuk mendapatkan stok makanan halal.

SURAU/MASJID

Kursk tidak mempunyai masjid kerana ikon lokaliti yang dianggap sebagai salah satu tempat suci untuk penganut agama Kristian Ortodoks. Pihak universiti Kursk State Medical Universiy telah mengambil inisiatif untuk menyediakan sebuah surau yang terletak di Hostel No. 5 dan juga sebuah lagi di Hostel No. 4.

Kebiasaannya, surau yang menjadi tumpuan utama pelajar-pelajar Muslim untuk menunaikan solat Jumaat atau solat sunat Aidiladha ialah surau yang terletak di Hostel No. 5.

#LOKASI MENARIK 

Victory Memorial

Sumber : Google

Ini adalah tempat bersejarah dari bandar Kursk sendiri, pelajar boleh cuba untuk melawati Victory Memorial untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah-sejarah bandar Kursk.

Gunung Tatra 

Ingin menawan puncak berketinggian 2,655 meter? Gunung Tatra punya jawapan pada pilihan anda. pelajar mahupun pelancong boleh menguji kekuatan mental di sini jika inginkan sesuatu yang “luar biasa”. Terdapat dua pilihan jika berada di gunung tantra sama ada ingin menaiki kabel mahupun mendaki sendiri.

Mendaki bukit secara tidak langsung dapat menguji kekuatan mental dan fizikal. Sumber foto:mendakisaja.com

Pastikan anda memilih musim yang sesuai jika uingin mendaki. Jalan akan sesak dengan pendaki yang lain terutamanya pada musim panas. Apabila anda sudah sampai di puncak, satu pemandangan yang jelas memukau mata. Anda juga dapat melihat garisan sempadan dua negara antara Slovakia dan Poland. Terdapat juga keindahan alam yang lain seperti tasik semula jadi di sana.

KAZAN

Bagi anda yang ingin menghayati keindahan Islam di bumi asing, Kazan adalah tempat yang sesuai. Di Kazan, terdapat sebuah masjid yang dikenali sebagai masjid Qolsharif. Ini merupakan masjid yang terbesar di Rusia dan kaya dengan sejarah terdahulu.

Masjid yang menyimpan sejarah tersendiri.Sumber foto:Beyond Rusia.

Mula dibangunkan pada 1996 dan kini telah diubah sedikit infrastuktur bangunan agar kelihatan lebih moden. Disamping keluasan masjid yang besar, terdapat juga kemudahan yang lain seperti perpustakaan, rumah penerbitan, dan pejabar para imam.

BERMINAT UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN KE LUAR NEGARA IAITU RUSIA DI KURSK STATE MEDICAL UNIVERSITY?

Rujukan penuh mengenai tawaran belajar ke luar negara boleh terus ke laman web daulahmedic.com. Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :- Customer service 1 :0189624322 Customer service 2 :0182429322 Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed) Konsultan Pendidikan : 0132853903 (Cik Nabila)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here