Seperti yang dilaporkan dalam http://www.astroawani.com/, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) kesal dengan pindaan yang dilaksanakan kerajaan berkenaan cuti bersalin selama 90 hari yang disifatkan tidak mendapat konsensus daripada pihak-pihak yang berkaitan.

Setiausaha Agung MTUC, J Solomon berkata, isu yang timbul berkaitan penambahan cuti bersalin kepada 90 hari ini adalah disebabkan Kementerian Sumber Manusia tidak mengikut proses yang betul dalam melakukan suatu pindaan.

Dalam masa sama, Solomon menyambut baik penambahan cuti bersalin kepada 90 hari meskipun yang diusulkan oleh MTUC adalah sebanyak 98 hari.

“(Isunya) pihak kementerian sepatutnya mendapatkan persetujuan tripartit Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC), Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) terlebih dahulu.

“Jika pindaan ini dilakukan secara teliti, sudah tentu kami akan mencadangkan pembaharuan yang lebih komprehensif dan juga holistik untuk kebaikan pekerja”.

Solomon turut menegaskan, tindakan kementerian yang merujuk kepada Parlimen bagi mendapatkan kelulusan juga satu langkah yang tergesa-gesa ataupun satu tindakan yang melulu.

“Ini adalah satu perbuatan yang kurang sihat kalau kita lihat kepada perundingan tripartit, kerajaan perlu mendapatkan kata putus daripada tiga pihak dahulu (sebelum melaksanakannya),” tambah beliau.

Sambil membuat perbandingan dengan syarikat di beberapa negara luar, Solomon menambah, terdapat syarikat swasta yang telah melaksanakan cuti bersalin 90 hari atau lebih daripada itu.

Kenyataan ini dibuat beliau susulan terdapat segelintir pihak yang kurang senang dengan pindaan yang dilaksanakan kerajaan pada pembentangan Belanjawan 2020, Jumaat lalu. Kredit : Astro Awani

BERMINAT MENYAMBUNG PENGAJIAN KE LUAR NEGARA ?

Sekiranya anda pelajar lepasan SPM, STPM, STAM, Matrikulasi, Asasi, Diploma atau sijil setaraf dengannya,boleh  terus  hubungi  Daulah Educonsult Sdn Bhd:

Rujukan penuh mengenai tawaran belajar ke luar negara boleh terus ke laman web daulahmedic.com. Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :- Customer service 1 :0189624322 Customer service 2 :0182429322 Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed) Konsultan Pendidikan : 0132853903 (Cik Nabila)

Atau
? Email : daulahmedic@gmail.com
? Website : https://daulahmedic.com/ 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here