Pernah anda berputus asa disebabkan keputusan SPM/STAM tidak melepasi syarat untuk memohon kemasukan universiti terutamanya universiti al-azhar. Pihak Daulah Educonsult adalah syarikat yang membantu dan mengurus pelajar untuk sambung belajar di luar negara bukan itu sahaja, menarkan program Kursus bahasa Arab terutamanya Program Madrasah Daulah.

#Apa itu Madrasah

Madrasah Daulah bertempat di Seksyen 7, Cairo, Mesir. Mempunyai struktur pembelajaran yang perlu pelajar patuhi sebelum memasuki universiti Al-Azhar. Sebelum pelajar memasuki sekolah menengah Al-Azhar akan ada ujian penentuan dipanggil (ujian Imtihan Qabul) untuk menentukan samada masuk ke Dirosah Khossoh atau Maahad Buuth.

#Struktur pengajian 

Pelajar perlu menunggu nama naik untuk ambil ujian. Apabila nama pelajar naik, baru pelajar boleh ambil ujian tersebut. Jika keputusan bagus akan masuk ke Maahad Buuth, Jika kurang baik akan masuk Dirosah Khossoh.  Dirosah Khossoh ini adalah seperti Pra untuk Maahad Buuth, manakala Maahad Buuth ini pula seperti Sekolah Menengah.

BACA JUGA :   Jom Lanjutkan Pengajian di Rusia, Indonesia dan Poland!

Program Madrasah Daulah adalah lebih kepada pelajar yang tidak mempunyai SPM/STAM tetapi mempunyai impian untuk melanjutkan pengajian dalam bidang agama atau pengajian islam di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Semasa di Madrasah Daulah pelajar akan membuat persediaan dahulu dan mengikuti Tahsinul Quran, Tahfizul Quran,Talaqi Dalaman, Pengajian Bahasa Arab dan lain-lain sebelum mengikuti ujian bagi kemasukan ke Maahad Buuth.

#Tempoh pengajian

Anggaran masa menunggu untuk nama naik bagi menduduki ujian kemasukan ke Maahad Buuth adalah 1 ke 2 tahun. Pendaftaran awal bagi menduduki ujian akan dibuat awal semasa tiba di Mesir.

#Susulan bagi ujian kemasukan

Pelajar yang mendapat keputusan yang baik akan terus ke peringkat Maahad Buuth iaitu peringkat sekolah menengah, Pelajar yang mendapat keputusan yang kurang baik akan memasuki Dirossah Khossah iaitu pra menengah dan akan menjalani pembelajaran secara bertahap.

Bergantung kepada tahap penguasaan. Tempoh masa pengajian bergantung kepada tahap penguasaan dan prestasi pelajar. Paling awal adalah 4 tahun dan paling lewat adalah 6 tahun sebelum ke university Al-Azhar

 

BACA JUGA :   Sambung Pengajian Bidang Kejuruteraan Di Universiti Luar Negara Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult antara pihak pengurusan yang menguruskan kemasukan pelajar-pelajar dalam pelbagai bidang antaranya Perubatan, Pergigian, Farmasi, Veterinar, Kejuruteraan, Pengajian Islam dan lain-lain bidang lagi di pelbagai negara. Pengalaman mengurus pelajar dari tahun 2008 sehingga kini memberikan impak dan banyak pengalaman kepada pihak Daulah. Pengurusan yang sistematik, teratur dan pelajar dianggap seperti keluarga antara kelebihan Daulah Educonsult.

Bagi yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh hubungi talian hotline kami:

  • Customer Service 1 : 018-9624322
  • Cik Karmila : 011-26049599
  • Pejabat : 03-92851322

Atau anda boleh layari kami di platform berikut:

Atau anda boleh hadir ke pejabat kami yang beralamat di No. 1-19 Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100, Kuala Lumpur.

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here