Apakah Maahad Buuth?

Maahad Buuth Islamiah merupakan sebuah institusi di peringkat menengah bertaraf antarabangsa di bawah kelolaan Institusi Al-Azhar.

Lokasinya terletak berhampiran dengan Universiti dan Masjid Al-Azhar dan hanya 5 minit jika menaiki kenderaan.

Maahad Buuth merupakan laluan pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar di Mesir tanpa memerlukan kelulusan akademik seperti SPM atau STAM.

Syarat Kemasukan

  1. Berumur 14 hingga 21 tahun.
  2. Mampu mematuhi peraturan yang ditetapkan.
  3. Mempunyai keazaman untuk belajar.

Subjek Yang Ditawarkan

  1. Tauhid
  2. Khat
  3. Fiqh
  4. Nahu
  5. Sirah
  6. Imla’
  7. Hadis
  8. Tajiwid
  9. Tajwid
  10. Al- Quran
  11. Komputer
  12. Bahasa Inggeris / Bahasa Perancis
  13. Matematik
  14. Sains
  15. Geografi
  16. Sejarah

Setiap kelas belajar subjek yang berbeza dan kelas bermula dari jam 8 pagi hingga jam 12 tengah hari. Sebanyak 5 kelas beroperasi setiap hari.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Bantu Pelajar Untuk Lanjutkan Pelajaran Ke Luar Negara

Tahap Pengajian

Maahad Buuth mempunyai 2 tahap pengajian iaitu I’dadi dan Sanawi. Setiap tahap mempunyai 3 peringkat.

Tempoh Pengajian

Pengajian di Maahad Buuth mempunyai 6 peringkat. Setahun bagi setiap peringkat. Namun, sekiranya pelajar mempunyai tahap penguasaan yang baik, tempoh waktu dapat disingkat.

Kebiasaannya, pelajar mengambil masa di Maahad Buuth selama 3 tahun dan kemudiannya menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar selama 4 tahun.

Keistimewaan Maahad Buuth

  1. Pengajian seimbang iaitu ilmu agama dan ilmu moden.
  2. Bahasa utama adalah bahasa Arab.
  3. Boleh berkomunikasi dengan pelbagai bangsa dan negara. Dalam bahasa Arab.
  4. Kemasukan tanpa sijil akademik.
  5. Boleh belajar di peringkat antarabangsa dalam usia yang muda.

Pendaftaran akan menjadi lebih mudah melalui pihak Daulah Educonsult.

BACA JUGA :   Tiada Sijil STAM & SPM Pun Boleh Belajar Ke Negara Padang Pasir di Maahad Buuth

Jom Belajar ke Negara Mesir bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Berminat?

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here