Bahasa arab sudah sebati dan menjadi darah daging umat islam dulu, kini dan selamanya di mana hampir setiap hari mereka akan mendengar dan bertutur  di dalam bahasa Arab tanpa disedari.

Tambahan itu, dengan menguasai bahasa Arab juga akan memudahkan kita mendalami intipati dan pengertian al-Quran,  hadis Rasullah dan kitab-kitab muktabar para ulama  silam yang kebanyakannya diitulis di dalam bahasa Arab.

Ketahui kelebihan mendaftar program kursus bahasa Arab yang dapat mengisi masa lapang dan memberi manfaat kepada anda. Daulah Educonsult menawarkan kursus bahawa di dua tempat iaitu Mesir dan Jordan. Ayuh, bongkar satu per satu kelebihan mendaftar Kursus bahasa arab  dengan Daulah Educonsult.

# Penjelasan lanjut mengenai proses pengurusan/pembelajaran

pihak konsultan daulah akan memberikan informasi dan sesi penerangan secara menyeluruh berkenaan tawaran program kursus bahasa arab secara percuma supaya tidak ada kekeliruan atau tidak faham mengenai kursus yang ditawarkan.

BACA JUGA :   Kemasukan Ke Universiti Di Rusia Sesi September Kembali Dibuka

# Proses permohonan visa bagi pemohon

Jika pelajar atau sesiapa yang berminat untuk menyertai kursus bahasa arab, pihak daulah juga akan menyiapkan visa selama tempoh 3 bulan bahkan bukan itu sahaja jika pemohon ingin  melanjutkan tempoh visa selepas dari 2 bulan akan dibantu sepenuhnya oleh pihak Daulah Educonsult.

# Tiket penerbangan ke Mesir & Jordan

Pihak Daulah Educonsult juga menyediakan tiket penerbangan untuk pemohon berdasarkan yuran pengurusan dan pengajian yang dibayar oleh pemohon. Tiket penerbangan di Mesir dan Jordan sedikit berbeza. Untuk persediaan tiket flight ke Mesir adalah sehala manakala ke Jordan dua hala disebabkan yuran berlainan dan kedua-duanya mempunyai kelebihan sendiri mengikut pakej yang ditawarkan.

#pengurusan penginapan

Penginapan atau tempat tinggal juga disediakan di sana. Kami akan menyediakan rumah sewa bagi pelajar atau golongan pencen yang menyertai kursus dengan pihak kam. Kami meyediakan rumah megikut keselesaan dan keinginan pemohon supaya tidak berlaku ketidakpuasan hati atau kurang selesa dengan keadaan sekeliling.

BACA JUGA :   Ubat Penahan Sakit? Ubat Ini Sahaja Yang Boleh Diambil.

#Bimbingan sahabat daulah & lawatan ke sekitar tempat

Seusai sampai disana, akan ada bimbingan sahabat daulah yang meyambut kedatangan pelajar program kursus bahasa arab. Dan akan ditunjukkan dan beri informasi tentang keadaan di sana, melawat tempat-tempat yang bersejarah dan sebagainya.

 

Daulah Educonsult antara pihak pengurusan yang menguruskan kemasukan pelajar-pelajar dalam pelbagai bidang antaranya Perubatan, Pergigian, Farmasi, Veterinar, Kejuruteraan, Pengajian Islam dan lain-lain bidang lagi di pelbagai negara. Pengalaman mengurus pelajar dari tahun 2008 sehingga kini memberikan impak dan banyak pengalaman kepada pihak Daulah. Pengurusan yang sistematik, teratur dan pelajar dianggap seperti keluarga antara kelebihan Daulah Educonsult.

Maklumat lanjut tentang pengjian di luar negara boleh layari www.daulahmedic.com atau boleh terus hubungi konsultan Cik Karmila di nombor 01126049599

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here