RATING APLIKASI FOOD PANDA MENJUNAM!

Rating aplikasi Food Panda baru-baru ini  telah menjunam kepada 1.0-1.3 Bintang daripada 4.4 bintang! Kemerosotan ini didorong pelancaran kempen Boikot Food Panda oleh netizen di media sosial.

 

Malah terdapat page baru  yang diwujudkan untuk mengecam syarikat penghantaran makanan berkenaan iaitu Page Boikot FoodPanda. Setakat ini page tersebut telah mencapai likers sebanyak 32, 095, dan mempunyai follower sebanyak 34, 083.

*banner pada Page FoodPanda

 

*kredit: Page FoodPanda

PEMBOIKOTAN DISEBABKAN SKIM BARU SYARIKAT

Pemboikotan ini susulan kenyataan pihak syarikat Food Panda yang bertekad untuk mengekalkan skim dan dasar barunya walaupun tidak dipersetujui oleh penghantar yang turut melancarkan mogok atas pembaharuan skim ini.

Sebelum ini, Penghantar makanan Food Panda telah mengadakan mogok besar-besaran sebagai bantahan kepada skim baru yang dikuatkuasakan syarikat penghantaran makanan itu sejak 30 Sept 2019. Di bawah skim baru ini, pendapatan penghantar didakwa terjejas kerana  terpaksa menunggu 2 sehingga jam untuk pendapatkan pesanan.  Selain itu, bayaran mengikut jam juga turut dimansuhkan walaupun bayaran setiap pesanan  dinaikkan kepada antara RM4.50 hingga RM7.

Berbeza dengan sebelum ini walaupun bayaran pesanan adalah antara rm 3 hingga rm 5 berdasarkan prestasi penghantar, tetapi penghantar turut dibayar rm 4 sejam.

Isu ini terut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan  Syed Saddiq yang menyeru syarikat terbabit berlaku adil terhadap para pekerja dan pengguna. Selain respon negatif yang diberikan oleh netizen baik pengguna dan penghantar, menteri ini turut menyifatkan syarikat korporat Food Panda ini angkuh dengan keputusannya.

Dalam ciapan Twitternya, beliau berkata

” Sebagai #Yangberkhidmat, saya dipilih oleh rakyat dan boleh dihukum oleh rakyat. Sebagai korporat, mereka dibangunkan oleh pekerja/pengguna, dan boleh dijatuhkan oleh pekerja/pengguna.

“Keangkuhan bukan penyelesaiannya,”

Pada masa yang sama, syarikat Food Fanda telah menjelaskan isu mengenai skim ini telah disalah tafsir.

Apakah pendapat anda mengenai isu pemboikotan aplikasi penghantaran makanan ini? Tulis komen di bawah!

 

 

JOM SAMBUNG BELAJAR DI LUAR NEGARA BERSAMA DAULAHMEDIC.COM! 

 

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas  dan boleh juga ke talian berikut: Customer service 1 :0189624322 Customer service 2 :0182429322 Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed) Konsultan Pendidikan : 0193350916(Cik Ummu) Konsultan adalah percuma!

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here