Seronoknya jika dapat belajar di Universiti Al-Azhar di Mesir! Bagai angan-angan menjadi nyata jika dapat menjejakkan kaki di bumi bersejarah dan penuh barakah ini! Tetapi, adakah anda tahu sebenarnya, ada beberapa laluan yang boleh digunakan untuk memasuki universiti Al-Azhar?

Laluan-Laluan ini ialah dengan memohon menggunakan sijil SPM, STAM atau mengikuti Program Madrasah Daulah bersama Daulah Educonsult!

Melalui SPM

Melalui SPM, pelajar boleh memohon kepada jurusan sains dan Ulum Islamiyah. Bagi Jurusan Sains, Ijazah yang ditawarkan ialah Ijazah Sarjana Muda Perubatan, Pergigian dan Farmasi. Namun begitu,  syarat kelayakannya ialah gred B dalam mata pelajaran tertentu sahaja. Untuk melihat lebh lanjut klik di sini

Mahu melanjutkan dalam bidang agama di Al Azhar menggunakan sijil SPM? Tiada masalah!

Anda boleh memohon jurusan Ulum Islamiyah di bawah fakulti yang disediakan khas bagi jurusan ini. Menariknya, Fakulti Ulum Islamiyah baru ditubuhkan pada tahun 2008 di bawah Perjanjian di antara Kerajaan Malaysia dan Universiti Al Azhar.

Selain itu, melalui jurusan ini, para pelajar dapat menguasai segala cabang ilmu Islam seperti Syariah, Usuluddin, Bahasa Arab, Ekonomi dan Perbankan Islam.

Dengan memperuntukkan 5 tahun di mesir selepas peperiksaan SPM, Pelajar boleh terus mendapatkan  Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah wa Al-Arabiah daripada Universiti Al-Azhar!

Melalui STAM

Ini merupakan antara laluan yang paling  popular. Berbekalkan Sijil STAM dengan keputusan Jayyid, sebenarnya anda sudah boleh memohon Universiti Al Azhar dalam bidang Syariah Islamiyah, Bahasa Arab dan Usuluddin. Tetapi anda perlu memastikan Sijil STAM anda tidak lewat dari tiga tahun semasa permohonan.

Madrasah Daulah

Tiada Sijil SPM atau STAM? Jangan Risau anda masih boleh memasuki Universiti Al Azhar melalui Program Madrasah Daulah!

Madrasah Daulah merupakan Program Persediaan ke Maahad Buuth, Mesir. Seperti yang diketahui umum, pelajar dari Maahad Buuth berpeluang melanjutkan pelajaran di universiti Al Azhar selepas menghabiskan tahap-tahap tertentu.

Pada permulaan, pelajar akan mengikuti program Madrasah Dahulu sebelum menanti ujian kemasukan ke Maaahad Buuth. Program-Program tersebut ialah Tahsinul Qur’an, Tahfizul Qur’an, Talaqi Qur’an pengajian dalaman dan Pengajian Bahasa Arab. Anggaran masa menunggu untuk nama naik bagi menduduki ujian kemasukan ke Maahad Buuth adalah 1 ke 2 tahun.

Jangan risau! Pendaftaran awal bagi menduduki ujian akan dibuat awal semasa tiba di Mesir.

*Daftar Madrasah Daulah secara terus dengan ketik butang ”daftar Sekarang’ di bawah


Selepas ujian, Pelajar yang mendapat keputusan yang baik akan terus ke peringkat Maahad Buuth iaitu peringkat sekolah menengah.

Manakala, Pelajar yang mendapat keputusan yang kurang baik akan memasuki Dirossah Khossah iaitu pra menengah dan akan menjalani pembelajaran secara bertahap. Hal ini sebenarnya lebih bertujuan mengukuhkan penguasaan bahasa arab dalam kalangan pelajar.

Benar, berbanding laluan SPM dan STAM, laluan ke Universiti Al-Azhar melalui program Madrasah Daulah mengambil masa yang lebih panjang.  Namun begitu sekiranya pelajar belajar bersungguh-sungguh, tempoh pengajian akan menjadi lebih singkat kerana kebiasaannya tempoh masa pengajian bergantung kepada sejauh mana pelajar menguasai mata pelajaran.

Tetapi setakat ini, tempoh yang biasa diambil oleh pelajar Madrasah Daulah untuk menghabiskan pelajaran di Maahad Buuth ialah antara 4 tahun sehingga 6 tahun.

BERMINAT melanjutkan pelajaran di Mesir?  Jom daftar sekarang bersama Daulah Educonsult,agensi pendidikan yang berpengalaman dalam menguruskan pelajar ke luar negara. 

ATAU. 

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas  dan boleh juga ke talian 
berikut:- 

Customer service 1 :0189624322Customer service 2 :0182429322 
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed) 
Konsultan Pendidikan : 0193350916(Cik Ummu)

Konsultan adalah percuma!

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here