Negara Poland terletak di benua Eropah Tengah. Poland merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai tarikan termasuklah sejarah, muzium dan senibina bangunan yang bercirikan Bandar Eropah lama.
Poland juga mempunyai taman tema yang turut menjadi tarikan pelancong. Terdapat pelbagai jenis aktiviti luaran yang boleh dilakukan di tempat-tempat ini untuk menambah keseronokan kepada trip Eropah anda.
Taman Hiburan Energylandia
Merupakan taman tema terbesar di Poland. Terdapat lebih daripada 50 tunggangan yang terdapat di taman tema ini dan sesuai mengikut peringkat umur.
Disini, terdapat juga taman tema air yang turut menyediakan aktiviti luar. Taman ini sesuai untuk mereka yang sudah berkeluarga kerana permainannya sesuai mengikut peringkat umur.
Taman ini berjarak kira-kira 8 jam dari Krakow. Sekiranya anda ingin menamatkan pembelian pada saat akhir, pembatalan adalah percuma.
Lokasi : Aleja 3 Maja 2, 32-640 Zator, Poland
Kolejkowo Park
Taman tema ini mempunyai miniatur model keretapi terbesar di Poland. Tambahan terdapat juga miniatur bangunan seni bina yang terdapat di sekitar Poland.
Taman tema ini juga mempunyai monumen, jambatan, terowong dan lain-lain yang bertujuan untuk menghiburkan pelancong yang datang ke sana.
Lokasi : Plac Orlat Lwowskich 20B, 53-605 Wrowclaw, Poland
Taman Hiburan Silesian
Taman tema ini terletak di Taman Budaya dan Rekreasi Wilayah dan merupakan taman tema terbesar di Poland. Terdapat sebanyak 58 buah tapak hiburan dan tiga buah roller coaster.
Terdapat juga tarikan lain seperti taman tema air untuk rekreasi serta hiburan para pelancong yang datang.
Antara tempat menarik yang perlu dilawati adalah tornado, lech coaster, kilang mainan yang menakutkan, masyarakat pemburu impian dan banyak lagi tunggangan yang mengasyikkan
Lokasi : Plaza Atrakcji 1, 41-501 Chorzow, Poland
Taman Plopsa Baru
Taman tema ini terbina di atas tanah seluas lebih dari 10 hektar dan dianggap sebagai taman asli yang pertama di negara Poland.
Taman ini menyediakan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk orang dewasa dan juga kanak-kanak.
Lokasi : Bandar Torzym
Wodny Park
Mempunyai pelbagai permainan yang menyeronokkan seperti wall climbing, gelongsor yang ekstrim, kolam mendayung untuk kanak-kanak, urutuan air untuk dewasa dan banuak lagi.
Terdapat juga pelbagai kemudahan lain seperti pusat permainan untuk kanak-kanak, studio kecantikan, arked hiburan, kedai sukan dan banyak lagi.
Terdapat juga bar yang disediakan di setiap hujung sekitar taman tema yang bertujuan untuk menyegarkan para pelancong.
Lokasi : Dominika Merliniego 4, 02-511 Warszawa, Poland
Berikut merupakan antara taman tema yang boleh dilawati sekiranya melancong ke Poland. Berkunjung ke taman tema jadi lebih bermakna bersama dengan keluarga dan insan tersayang.
Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Poland?
Mendaftar Segera Bersama Daulah Educonsult.
Kemasukan Seterusnya Adalah Pada Bulan September 2020
Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara.
Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)