5 lokasi menarik di Jepun yang wajib singgah bagi yang telah merancang untuk travel ke bandar penuh sejarah ini dan di akhir pembacaan, Daulah Educonsult buka peluang untuk anda mendaftar bagi Short Course Belajar Bahasa Jepun Sambil Berjalan.

Antara lokasi pilihan admin adalah :-

Bamboo Forest Street

Sumber: Google

Berjalan-jalan di sekitar Bamboo Forest Street di Japan ini dapat memberi aura positif kepada kita dan sepanjang perjalanan anda dapat menenangkan fikiran dengan mendengar bunyi angin dan desiran daun-daun buluh.

Nak lagi menarik, anda boleh menyewa basikal untuk menikmati pemandangan di sekitar  Bamboo Forest dengan merasai tiupan angin yang menyenangkan.

<< JOM JOIN PROGRAM SHORT COURSE BAHASA JEPUN SAMBIL BERJALAN SESI JANUARI 2020 BERSAMA DAULAH EDUCONSULT >>

Meiji Jingu Gaien Park

Sumber:Google

Taman ini sangat lengkap dengan pelbagai kemudahan awam seperti kemudahan sukan batting cages, gelanggang futsal, ice-skating rink dan banyak lagi. Meiji Jingu Gaien Park ini terletak betul-betul di tengah kota Tokyo, ia dibina untuk memperingati Maharaja Meiji yang mangkat pada tahun 1926.

Bukan itu sahaja yang ada, kalau anda nak menyaksikan perlawanan sukan, anda boleh singgah ke Jingu Stadium untuk melihat permainan besbol. Senang kata, macam-macamlah aktiviti disediakan untuk anda bagi meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.

Shinjuku Gyoen National Garden

Sumber: Google

Kalau anda datang ke sini pada bulan April, anda dapat menikmati pemandangan indah pokok negara Jepun yang terkenal, tak lain tak bukan, pokok sakura. Selain pokok-pokok sakura, anda juga dapat melihat kolam-kolam ikan koi yang banyak di sekitar taman.

Shinjuku Gyoen National Garden yang berkeluasan 144 ekar ini menawarkan keindahan 3 jenis taman dengan konsep yang berbeza iaitu Taman Rasmi Perancis, Taman Lanskap Inggeris dan Taman Tradisional Jepun. Siap dibina pada tahun 1906, taman ini merupakan taman yang penting pada Era Meiji.

<< JOM JOIN PROGRAM SHORT COURSE BAHASA JEPUN SAMBIL BERJALAN SESI JANUARI 2020 BERSAMA DAULAH EDUCONSULT >>

Samurai Museum

Sumber:Google

Untuk pengalaman yang lebih menarik, anda boleh melihat demonstrasi pedang Samurai yang diadakan 4 kali sehari, mengikuti kelas kaligrafi, ataupun yang paling best sekali, anda boleh cuba memakai perisai Jepun!

Terbahagi kepada dua bahagian, tingkat  bawah muzium ini terdapat kedai yang menjual cenderahati serta ruangan pameran perisai yang disusun mengikut zaman iaitu dari zaman Muromachi (1336-1573) hinggalah ke zaman Edo (1600-1868).

Selalu tengok dalam tv je kan? Nak lihat secara live pedang-pedang dan pakaian Samurai ini? Jom ke Samurai Museum yang terletak di Shinjuku-ku ini.

<< JOM JOIN PROGRAM SHORT COURSE BAHASA JEPUN SAMBIL BERJALAN SESI JANUARI 2020 BERSAMA DAULAH EDUCONSULT >>

Di tingkat atas muzium ini pula terdapat pelbagai jenis pameran yang terdiri daripada pameran pedang samurai, helmet kabuto, perisai yoroi, senapang dan banyak lagi.

Tokyo Camii & Turkish Culture Center

Sumber:Google

Selain itu, yang turut menarik tentang masjid ini adalah khutbahnya yang disampaikan dalam 3 bahasa iaitu Jepun, Turki dan Inggeris.

Selepas bermulanya pemerintahan Soviet Rusia pada tahun 1917, segelintir komuniti Turki berpindah keluar dari negara itu dan sesetengahnya bermigrasi ke Tokyo. Komuniti Turki yang datang ke sini disambut baik oleh masyarakat Jepun yang banyak membantu mereka dari segi sosial dan ekonomi.

Pada tahun 1938, Tokyo Camii dibina dan dijadikan sebagai tempat umat Islam berkumpul dan melakukan pelbagai aktiviti Islamik. Reka bentuk masjid terbesar di Jepun ini cukup indah dengan seni binaan timur tengah.

Kalau anda nak tahu lebih banyak info tentang masyarakat Turki di Jepun pula, anda boleh singgah ke  Turkish Cultural Centre yang terdapat di sini.

Dah tahu lokasi menarik? AYUH KETAHUI MENGENAI PELUANG BELAJAR BAHASA JEPUN DISANA.

Tak lengkap la kan kalau berada di Jepun tapi tidak ambil peluang untuk belajar bahasa ibunda mereka.

<< JOM JOIN PROGRAM SHORT COURSE BAHASA JEPUN SAMBIL BERJALAN SESI JANUARI 2020 BERSAMA DAULAH EDUCONSULT >>

<< JOM JOIN PROGRAM SHORT COURSE BAHASA JEPUN SAMBIL BERJALAN SESI JANUARI 2020 BERSAMA DAULAH EDUCONSULT >>

<< JOM JOIN PROGRAM SHORT COURSE BAHASA JEPUN SAMBIL BERJALAN SESI JANUARI 2020 BERSAMA DAULAH EDUCONSULT >>

Hubungi Khidmat Pelanggan Daulah Educonsult :

0132853903 (Cik Nabila) 

0132090322 (Tuan Syed)

0189624322 (Hotline)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here